Showing posts with label Ubi. Show all posts
Showing posts with label Ubi. Show all posts

Tuesday, January 24, 2012

Kulit dan pucuk ubi kayu masak lemak special

Cara penyediaan:
  1. Buang kulit ari pada kulit ubi kayu. Bersihkan dan hiris memanjang. Celur bersama pucuk ubi kayu yang telah dihiris. Basuh sekali lagi dan sejat.
  2. Bawang putih, merah dan cili kering dimesin.
Masukkan semua bahan 1 dan 2, tambahkan santan pekat, serbuk kunyit, udang kering halus, sedikit dula, garam dan bawang goreng segera. Kacau sehingga mendidih.
Apabila masak, semasa menghidang, gaulkan pula dengan sambal mempelam.

Cara penyediaan sambal:
Tumbuk lada burung/cili, udang kering, bawang putih, gula dan garam. Masukkan bawang besar yang dimayang dan mempelam muda yang dicincang halus/memanjang. Tumbuk bersama sambal, tetapi jangan sampai lumat.

Monday, September 19, 2011

Pucuk ubi berempah

Cara penyediaan:

  1. Pucuk ubi kayu dihiris , perah airnya dan celur.Cuci sekali lagi dan toskan.
  2. Sediakan bahan2 seperti bawang putih,bawang merah, lada burung,ikan bilis atau udang kering atau udang rebus yg telah dibuang kulit , sedikit halia dan tumbuk lumat.
  3. Gaulkan pucuk ubi bersama semua bahan, tambah gula garam spt biasa.boleh juga diperahkan sedikit asam kasturi.

Tuesday, February 1, 2011

Putu Halba



Cara penyediaan:
  1. Bersihkan ubi dan parut (saya lebih suka gunakan ubi spesies berwarna kuning kerana jenis ini tak berair-tak perlu ditapis).
  2. Gaulkan ubi dengan sedikit halia dan bawang(merah dan putih-tumbuk atau hiris) dan biji halba. Ada orang hanya masukkan halba,langsung tak guna bawang-terpulanglah kpd selera masing-masing.
  3. Gula Melaka-dipotong halus
  4. Sediakan tuala (Good Morning-cotton towel) atau kain jenis jarang yang bersih
  5. Sambil itu panaskan air dalam pengukus
  6. Letakkan piring kecil atau tutup tin atau daun pisang atas kain tersebut dan isikan dengan ubi yang diparut tadi, mengikut aturan iaitu isikan ubi dulu,lepas tu Gula Melaka,kemudian tutup dengan ubi parut .Maksudnya,Gula Melaka di tengah-tengah.
  7. Kukus hingga masak.

Catatan:
Jika ada alat pengukus khas seperti yang digunakan oleh penjual di tepi2 jalan,lebih mudah.Jika tak ada,cara begini pun boleh.

Saturday, July 31, 2010

Kuih Bebola Ubi Kayu



Cara penyediaan:

Rebus ubi kayu hingga empuk. tumbuk sampai lumat. masukkan sedikit bawang putih, gula, garam dan udang kering. gaulkan bersama sedikit tepung gandum. gentel bulat2. goreng atas api kecil. gaulkan bersama gula halus jika suka.kalau tak, boleh dimakan begitu saja atau dicicah dengan sos pencicah.

Friday, April 9, 2010

Kuih Jelbab/ Bungkus Keledek



Numbered List
Bahan asas(anggaran kasar):
Santan-4 cawan
tepung beras-1 senduk besar
ubi keledek-4 biji
garam-1 sudu teh
gula- 1 senduk.

Cara penyediaan:
  1. Keledek dibersihkan, dikikis kulitnya dan dipotong memanjang. Bersihkan sekali lagi dan toskan.
  2. Sediakan santan. sedikit tepung beras,gula dan sedikit garam (jika suka, boleh jg tambah sedikit kapur sireh/secubit sahaja yg dibancuh dgn sedikit air). kacau sebati semua bahan bersama keledek tadi dan kacau atas api kecil sehingga adunan kuih menjadi pekat.
  3. Tutup api, dan angkat adunan kuih,barulah boleh dibungkus dalam daun pisang.
  4. semasa membungkus kuih, anda bolehlah panaskan air dalam pengukus.
  5. Apabila air mendidih, kuih yang siap dibungkus sedia dikukus.
  6. Kukus sehingga masak lebih kurang 5-10 minit atau sehingga keluar asap dari sisi penutup pengukus.

Kuih Poli Ubi kayu

Cara penyediaan:
  1. Bersihkan ubi kayu (gunakan spesies berwarna kuning) dan toskan.
  2. Parutkan ubi. kacau atas api kecil hingga masak. sejukkan dalam dulang hingga boleh dipotong.
  3. Sementara itu, masakkan sedikit gula melaka bersama sedikit air.
  4. Ubi yang telah dipotong, digaulkan bersama kelapa parut.
  5. Sedia dimakan bersama kuah gula melaka tadi.


Kuih Tepung Bokor Ubi kayu

Cara penyediaan:
  1. Ubi kayu dibuang kulitnya, dibersihkan dan disejat. (saya guna ubi spesies kuning)
  2. Parutkan ubi dan masak atas api kecil, seterusnya dituangkan dalam bekas supaya sejuk .
  3. Sementara itu, sediakan santan pekat yang dicampurkan sedikit tepung beras,sedikit kapur sireh bersama beberapa sudu gula dan secubit garam.kacau atas api kecil sehingga masak dan tuangkan atas adunan ubi tadi. biarkan hingga sejuk dan bolehlah diceduk menggunakan sudu/senduk untuk dimakan.

Friday, March 19, 2010

Kuih Cek Mek Molek



Kuih cek mek ini ada 2 jenis iaitu yang dibuat dengan menggunakan ubi kayu dan ubi keledek.
Gambar di sebelah kiri adalah cek mek molek ubi kayu dan yang sebelah kanan diperbuat daripada keledek.

Cara penyediaan:

Ubi kayu/keledek dibersihkan dan direbus hingga empuk. Setelah itu, lenyek/tumbuk sehingga lumat dan gaulkan dengan sedikit tepung gandum.
Adun sebati. Buat bentuk bulat2 dan isikan gula sebagai inti. Kemudian, barulah digoreng.

Monday, October 19, 2009

Kuih Bungkus manis

Cara penyediaan:
  1. Ubi kayu diparut dan sejatkan airnya. Jika anda gunakan ubi kayu spesies berwarna kuning, tak perlu disejatkan kerana ia tak berair.
  2. Masakkan santan pekat bersama Gula Melaka, sedikit garam dan daun pandan.
  3. Gaulkan semua bahan bersama ubi hingga sebati dan bungkus sedikit dalam setiap daun pisang .
  4. Panaskan pengukus dan kukus hingga keluara asap dari sisi pengukus, menandakan kuih sudah masak.

Jari emas / Kaki ayam

Cara penyediaan:
  1. Ubi keledek dikikis kulitnya dan dipotong memanjang.
  2. Tepung gandum 3 sudu besar, tepung beras 1 sudu besar (formula 3:1)dibancuh dengan sedikit air, secubit garam, sedikit serbuk kunyit, sesudu bijan dan sedikit kelapa parut (lebih kurang 3 sudu) .
  3. celupkan ubi ke dalam bancuhan tepung,goreng seperti biasa.

Wednesday, July 29, 2009

Tapai goreng.



Bancuh/ adun sebati sedikit tepung gandum dan tepung beras,bijan, serbuk kunyit, kelapa parut, garam,air. Gaul sebati dan celupkan tapai ubi ke dalam bancuhan tepung. Goreng seperti biasa.

Tapai ubi kayu


Ubi kayu dipotong,dibuang kulit dan dibersihkan.Masakkan ia tetapi jangan sampai empuk iaitu biar hanya lebih separuh masak.Sejukkan atas dulang. Ambil 1-2 biji ragi manis dan hancurkan atas penapis teh.Ayakkan ragi ke atas ubi dan gaulkan hingga sebati.Kemudian simpan dalam bekas bertutup.Sebaik-baiknya gunakan bekas lutsinar supaya senang nampak apabila tapai masak. Biarkan 1-2 hari sehingga nampak ada air keluar dari ubi tersebut, menandakan tapai telah menjadi.Boleh dimakan terus atau disimpan dalam peti sejuk terlebih dahulu atau boleh dibuat pelbagai jenis kuih daripada tapai tersebut.Sesuai juga dimakan dengan ABC.

Ini adalah ubi yang telah menjadi tapai, terdiri daripada 2 jenis iaitu ubi berwarna kuning dan putih.

Saturday, February 28, 2009

Cucur ubi kayu

Cara penyediaan:
Ubi kayu direbus terlebih dahulu, ditumbuk dan dicampur dengan sedikit gula dan kelapa muda.
dalam masa yang sama, bancuhkan 3 sudu tepung gandum, 1 sudu tepung beras, serbuk kunyit, sedikit air dan sedikit garam. Ubi kayu dibentukkan bulat-bulat dan dicelup ke dalam bancuhan tadi sebelum digoreng.

Kuih koleh ubi yam


Cara penyediaan:
Ubi yam (banyak orang Kelantan menggelarnya sebagai ubi badak merah/walaupun sebenarnya warnanya purple) dibuang kulit, bersihkan dan dipotong kecil. Rebus dengan sedikit air sehingga empuk dan kacau sehingga hancur.
Masukkan 3 cawan santan pekat (yang dibancuh dengan 2 senduk tepung beras terlebih dahulu-ini bagi menjadikan kuih pekat dan senang dipotong), 2 senduk gula dan sedikit garam. Kacau atas api perlahan sehingga kuih menjadi likat, tuang atas dulang. Apabila telah sejuk, barulah dipotong.

Sunday, November 30, 2008

Kerabu kulit ubi kayu

Bahan-bahan:

Kulit ubi kayu dibuang kulit arinya, dibersihkan dan dipotong halus-halus, dicelur dan direbus hingga empuk bersama pucuk ubi kayu(dihiris).-apabila dah masak,bilas dan perah airnya terlebih dahulu sebelum dicampur dgn bahan2 lain.
Bawang putih 2 ulas
Bawang merah beberapa ulas
Halia ½ inci
Kelapa parut 250g- digoreng tanpa minyak/ buat kerisek
Ikan kembung –seekor, dibakar/direbus dan dibuang tulang
sedikit gula
Lada burung / cili api beberapa biji - dihiris
Garam
Santan pekat –1 cawan
Serbuk lada hitam – ½ sudu teh.

Cara penyediaan
Bawang putih, bawang merah(dan sedikit bawang goreng-jika suka), halia, dan isi ikan ditumbuk lumat.Gaulkan bersama dengan kulit dan pucuk ubi kayu yang sudah empuk tadi. Masukkan kerisek, serbuk lada hitam,santan pekat . Tambahkan garam dan sedikit gula. Gaul sehingga sebati dan masak atas api kecil hingga kuah menjadi pekat/kulit ubi kayu telah benar2 empuk. Boleh taburkan cili padi yang dihiris ke atas kerabu semasa menghidang (jika suka).

Catatan: Boleh jg celur dulu kulit ubi, baru hiris-lebih senang sb lebih lembut.

Lempeng ubi kayu(Tapioca pancake)

Buang kulit dan bersihkan ubi kayu. Parut.Perapkan sekejap bersama sedikit halia, bawang putih, gula dan garam.Bakar tanpa minyak seperti membuat lempeng biasa.