- Pucuk ubi kayu digosok antara satu sama lain, perah airnya dan hiris.Cuci sekali lagi dan toskan.
- Sediakan bahan2 seperti bawang putih,bawang merah, lada burung,ikan bilis atau udang kering,sedikit halia dan serai .tumbuk lumat semua bahan.tambah sedikit gula dan garam.Pecahkan sebiji telur atau hancurkan sekeping tauhu ke dalam bahan tersebut.Perap pucuk ubi dan beberapa ekor udang yang telah dibuang kulit, bersama semua bahan selama beberapa jam.
- Apabila rasanya telah sebati,bungkuskan ke dalam daun pisang dan ikat.
- Bakar dalam kuali dan balik-balikkan hingga masak.Sedap dimakan bersama nasi panas2..
Friday, January 27, 2012
Pucuk ubi dalam daun pisang
Kerabu mangga dan tauge.
Bahan-bahannya
Mangga- dicincang/parut
Tauge-dibuang kulit
Kelapa parut ½ mangkuk- dibuat kerisek
Ikan kembung(atau mana-mana jenis ikan yang banyak isi.)- dibakar dan buang tulangnya.
Bawang putih dan bawang merah–dibakar(pilihan)
Bawang besar-dihiris
Sedikit gula melaka dan garam
Cili
serbuk lada hitam
Halia
serai
udang/kerang- rebus/buang kulit
Cara membuatnya
Tumbuk lumat bawang , cili, gula melaka, halia, serai dan ikan bakar. Kemudian gaul bersama bahan-bahan lain.
Tuesday, January 24, 2012
Kulit dan pucuk ubi kayu masak lemak special
- Buang kulit ari pada kulit ubi kayu. Bersihkan dan hiris memanjang. Celur bersama pucuk ubi kayu yang telah dihiris. Basuh sekali lagi dan sejat.
- Bawang putih, merah dan cili kering dimesin.
Apabila masak, semasa menghidang, gaulkan pula dengan sambal mempelam.
Cara penyediaan sambal:
Tumbuk lada burung/cili, udang kering, bawang putih, gula dan garam. Masukkan bawang besar yang dimayang dan mempelam muda yang dicincang halus/memanjang. Tumbuk bersama sambal, tetapi jangan sampai lumat.
Sunday, January 22, 2012
Friday, January 20, 2012
Deep Fried Char Kuih

Ingredients:
Plain flour- 3 cup
Dried yeast – 1 tbsp
Baking soda - ½ tsp (optional)
Garlic- 1 clove (pounded)
Shrimp (pounded)
Sugar
Salt
Plain/ warm water – 1 cup (rough estimate)
Method:
In a large bowl, combine all of the ingredients. Mix well with a ladle to make a smooth dough. Keep it in a covered container for about half an hour until the dough is doubled in size. Then, take it out on to a lightly floured surface so that it will be smooth and elastic. Flatten it and cut into small sizes. Fry till they become golden brown in colour.
Thursday, January 19, 2012
Bubur Asyura Kelantan.
Catatan:
Resepi ni rekaan sendiri, tak ikut skima yg sebenar sb masak dalam rice cooker dulu, baru keringkan dalam kuali- sekadar untuk hidangan beberapa keluarga sahaja.
Cara penyediaan:
- Beras 3 pot- dimasak terlebih dahulu.
- Kacang hijau 1 cawan-mesin hampir hancur.
- Jagung manis 1 tin- separuh dimesin hampir hancur dan separuh lagi tak perlu. Terpulang kepada selera masing-masing sebab saya lebih suka menggigit jagung manis tersebut kerana rasanya yang enak.
- rempah Asyura-1 cawan(ikut selera-sebab ada orang tak sukakan bau rempah, jadi boleh kurangkan)-di jual di kedai yang menjual rempah di Kelantan
- Bunga lawang- saya sukakan aromanya, w/pun resepi asalnya iaitu yang dimasak dengan kawah, tak semua orang masukkannya.
- halia, serai, bawang merah dan putih- dimesin dan ditumis.
- Gula, garam, santan dan gula melaka(jika suka).
- Daging ayam/lembu-direbus dan dicarikkan kecil-kecil
- Kerisek-setengah cawan
Ada juga orang yang masukkan semua bahan tanpa menumisnya terlebih dahulu. Apabila hampir masak, masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah digoreng terlebih dahulu.
Wednesday, January 11, 2012
Ayam goreng (ala panggang) madu berempah
- Halia, serai, bawang putih, bawang besar(bawang India), kunyit, dan sedikit cili merah dimesin halus.
- Campurkan bahan berkenaan bersama sedikit madu,gula, cuka makan dan garam.
- Bahagikan rempah berkenaan kepada 2 bahagian.
- 1 bahagian untuk memerap ayam. Perap selama beberapa jam.Pastikan ayam yang hendak diperap adalah dalam potongan besar (seekor ayam dipotong 4 bahagian)
- 1 bahagian lagi ditambah dengan sedikit perahan limau kasturi atau limau nipis dan simpan dulu.
- Setelah ayam agak sebati dengan bahan pemerap tadi, goreng dengan menggunakan api yang agak perlahan/kecil supaya ia masak sekata. (Jika anda ingin bakar di dalam oven pun boleh juga).
- Setelah ayam masak, potong kepada beberapa bahagian dan tuangkan 1 bahagian lagi rempah yang disimpan tadi dan sedia dimakan. rempah berkenaan tak perlu dimasak.
Subscribe to:
Posts (Atom)

