Friday, January 27, 2012

Pucuk ubi dalam daun pisang

Cara penyediaan:

  1. Pucuk ubi kayu digosok antara satu sama lain, perah airnya dan hiris.Cuci sekali lagi dan toskan.
  2. Sediakan bahan2 seperti bawang putih,bawang merah, lada burung,ikan bilis atau udang kering,sedikit halia dan serai .tumbuk lumat semua bahan.tambah sedikit gula dan garam.Pecahkan sebiji telur atau hancurkan sekeping tauhu ke dalam bahan tersebut.Perap pucuk ubi dan beberapa ekor udang yang telah dibuang kulit, bersama semua bahan selama beberapa jam.
  3. Apabila rasanya telah sebati,bungkuskan ke dalam daun pisang dan ikat.
  4. Bakar dalam kuali dan balik-balikkan hingga masak.Sedap dimakan bersama nasi panas2..

Kerabu mangga dan tauge.



Bahan-bahannya
Mangga- dicincang/parut
Tauge-dibuang kulit
Kelapa parut ½ mangkuk- dibuat kerisek
Ikan kembung(atau mana-mana jenis ikan yang banyak isi.)- dibakar dan buang tulangnya.
Bawang putih dan bawang merah–dibakar(pilihan)
Bawang besar-dihiris
Sedikit gula melaka dan garam
Cili
serbuk lada hitam
Halia
serai
udang/kerang- rebus/buang kulit

Cara membuatnya
Tumbuk lumat bawang , cili, gula melaka, halia, serai dan ikan bakar. Kemudian gaul bersama bahan-bahan lain.

Tuesday, January 24, 2012

Kulit dan pucuk ubi kayu masak lemak special

Cara penyediaan:
  1. Buang kulit ari pada kulit ubi kayu. Bersihkan dan hiris memanjang. Celur bersama pucuk ubi kayu yang telah dihiris. Basuh sekali lagi dan sejat.
  2. Bawang putih, merah dan cili kering dimesin.
Masukkan semua bahan 1 dan 2, tambahkan santan pekat, serbuk kunyit, udang kering halus, sedikit dula, garam dan bawang goreng segera. Kacau sehingga mendidih.
Apabila masak, semasa menghidang, gaulkan pula dengan sambal mempelam.

Cara penyediaan sambal:
Tumbuk lada burung/cili, udang kering, bawang putih, gula dan garam. Masukkan bawang besar yang dimayang dan mempelam muda yang dicincang halus/memanjang. Tumbuk bersama sambal, tetapi jangan sampai lumat.

Friday, January 20, 2012

Deep Fried Char Kuih


Ingredients:
Plain flour- 3 cup
Dried yeast – 1 tbsp
Baking soda - ½ tsp (optional)
Garlic- 1 clove (pounded)
Shrimp (pounded)
Sugar
Salt
Plain/ warm water – 1 cup (rough estimate)

Method:
In a large bowl, combine all of the ingredients. Mix well with a ladle to make a smooth dough. Keep it in a covered container for about half an hour until the dough is doubled in size. Then, take it out on to a lightly floured surface so that it will be smooth and elastic. Flatten it and cut into small sizes. Fry till they become golden brown in colour.

Thursday, January 19, 2012

Bubur Asyura Kelantan ( 2 KAEDAH).

 


CARA/KAEDAH 1: MASAK SEDIKIT GUNA RICE COOKER DAN KUALI.

Catatan:
Resepi ni rekaan sendiri, tak ikut skima yg sebenar sb masak dalam rice cooker dulu, baru keringkan dalam kuali- sekadar untuk hidangan beberapa keluarga sahaja.


Cara penyediaan cara 1:

  1. Beras 3 pot- dimasak terlebih dahulu.
  2. Kacang hijau 1 cawan-mesin hampir hancur.
  3. Jagung manis 1 tin- separuh dimesin hampir hancur dan separuh lagi tak perlu. Terpulang kepada selera masing-masing sebab saya lebih suka menggigit jagung manis tersebut kerana rasanya yang enak.
  4. rempah Asyura-1 cawan(ikut selera-sebab ada orang tak sukakan bau rempah, jadi boleh kurangkan)-di jual di kedai yang menjual rempah di Kelantan
  5. Bunga lawang- saya sukakan aromanya, w/pun resepi asalnya iaitu yang dimasak dengan kawah, tak semua orang masukkannya.
  6. halia lbh kurang 2 inci, serai dlm 3-4 batang,bawang merah (saya biasa guna bawang Bombay.kalau bawang bombay tu dlm 5 biji juga.kalau bawang merah biasa dlm setengah kilo) dan bawang putih dlm 1 labu/tongkol- dimesin dan ditumis.**sukatan bawang tu terpulang kpd selera masing2 sebenarnya.
  7. Gula, garam, santan dan gula melaka(jika suka).
  8. Daging ayam/lembu-direbus dan dicarikkan kecil-kecil
  9. Kerisek-setengah cawan
Semua bahan dimasukkan ke dalam rice cooker .Disebabkan apinya yang agak perlahan, tak perlulah selalu dikacau. Apabila hampir kering dan agak susah dikacau, masukkan ke dalam kuali.Kacau sehingga likat. Tuangkan atas bekas beralaskan daun pisang.Tabur sedikit kerisek di atasnya.

Ada juga orang yang masukkan semua bahan tanpa menumisnya terlebih dahulu. Apabila hampir masak, masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah digoreng terlebih dahulu.


CARA/KAEDAH 2:MASAK BUBUR ASYURA  SECARA BANYAK/SATU KAWAH DENGAN CARA PANTAS.
(ANGGARAN MASA 3-4 JAM PROSES MENGACAU)



PROSES KERJA BUBUR ASYURA.

HARI PERTAMA:
1. 
1. Kupas bawang Bombay (4 kg )dan bawang putih(500g)- hiris –bahagi 2:
    -separuh untuk mesin
    -Separuh utk bt bawang goreng
2. Serai(40-50 batang), halia (500g),sedikit lengkuas(jika suka, tapi saya tak guna) bawang putih dan bawang Bombay yang dah siap hiris- mesin
3. Rebus Ayam (beli 10 dada ayam saiz besar )- Asingkan tulang/perisikan. Nak senang, cincang kasar ayam yg dah rebus tu dan lenyek dengan alu lesung.* pakai sarung tangan/plastik utk pegang ayam supaya ayam tahan lama.
4. Rebus keledek/ubi kentang (3-4 kg)
5. Mesin nyiur-jadikan santan –anggaran 8-10 kilo.
6. Rendam kacang hijau(2 kg) dan rebus malam atau awal pagi esok.


SEMUA BAHAN SIMPAN DALAM PETI SEJUK

      HARI KEDUA/KERJA:

1. Masak nasi 6 kg-masak lembik macam nak buat nasi himpit- nasi dah masak dan suam-lenyek dengan sudip kayu/gelas kaca/mesin
2. Lenyek kacang hijau yang dah siap rebus
3. Lenyek keledek/kentang
4. Masukkan bahan 1, 2 dan 3 dalam kawah bersama dengan ayam yg dah siap lenyek-tambah santan—kacau sebati semua bahan-barulah buka
api dapur kawah dan mulalah mengacau bubur Asyura macam biasa.
5. Apabila bubur dah separuh likat, lebih kurang 1-2 jam kemudian, masukkan 3 tin jagung manis yang dah siap dimesin.
6. Sementara itu, dalam kuali lain, tumiskan bahan rempah yang dah dimesin ( bawang, halia,serai). Tumis hingga naik minyak/kekuningan. Masukkan bunga lawang dan rempah asyura (anggaran 1 kg atau lebih bergantung kpd selera)  yang dah dibancuh dengan sedikit air terlebih dahulu. Tumis hingga masak/berkilat..tutup api.
7. Masukkan bahan 6 yg dah ditumis ke dalam kawah Asyura.
8. Masukkan bahan-bahan lain iaitu  7 tin jagung manis (tak perlu mesin supaya jagungnya nampak sebiji-sebiji dan sedap dikunyah),gula Melaka, gula,garam dan bawang goreng.
9. Kacau hingga siap.

Catatan:
  1. Goreng bawang dulu.sebab boleh guna minyak goreng bawang untuk menumis bahan no. 6..untuk lebih wangi.
  2. Kami guna kawah di Sarawak, sedikit berbeza dengan saiz kawah di Kelantan. Kawah di Sarawak bahagian dasarnya lebih dalam jadinya kalau ikut resepi ini, tidaklah penuh satu kawah secara maksima, hanya 3/4 kawah. Tetapi kalau guna kawah di Kelantan, bahan ini boleh muat satu kawah...kalau guna kawah di Sarawak boleh tambah bahan misalnya tambah sedikit beras,kacang hijau,ubi dan santan dalam 1 kilo lagi setiap satu.
  3. Kalau nak buat hari yang sama pun boleh juga..mana-mana yang senang



Bahan yang dilenyek menggunakan senduk dan lain-lain (nasi, kacang hijau, ubi dan ayam).


Gaulkan bahan yang dilenyek tadi dalam kawah bersama santan, Dah sebati baru buka api.

Proses mengacau Asyura.


Proses melekat sticker pada bekas untuk agihan projek Bubur Asyura Usrah Serian 2017.




Asyura dah masak, dalam proses pembungkusan.



8.   
 

Wednesday, January 11, 2012

Ayam goreng (ala panggang) madu berempah

Cara penyediaan:

  1. Halia, serai, bawang putih, bawang besar(bawang India), kunyit, dan sedikit cili merah dimesin halus.
  2. Campurkan bahan berkenaan bersama sedikit madu,gula, cuka makan dan garam.
  3. Bahagikan rempah berkenaan kepada 2 bahagian.
  4. 1 bahagian untuk memerap ayam. Perap selama beberapa jam.Pastikan ayam yang hendak diperap adalah dalam potongan besar (seekor ayam dipotong 4 bahagian)
  5. 1 bahagian lagi ditambah dengan sedikit perahan limau kasturi atau limau nipis dan simpan dulu.
  6. Setelah ayam agak sebati dengan bahan pemerap tadi, goreng dengan menggunakan api yang agak perlahan/kecil supaya ia masak sekata. (Jika anda ingin bakar di dalam oven pun boleh juga).
  7. Setelah ayam masak, potong kepada beberapa bahagian dan tuangkan 1 bahagian lagi rempah yang disimpan tadi dan sedia dimakan. rempah berkenaan tak perlu dimasak.

Friday, January 6, 2012

Laksa Kelantan / Laksam


Bahan-bahan untuk membuat Laksam
Tepung beras 10 senduk (saiz senduk adalah sama seperti senduk nasi)
Air suam lebih kurang 10 cawan(anggaran kasar)
Jika bancuhan terlalu pekat, laksam akan merekah apabila masak. Jika bancuhan terlalu cair, laksam akan terlalu lembik dan susah digulung. Jadi, pastikan bancuhan adalah tidak terlalu pekat atau cair. Kepekatan bancuhannya lebih kurang seperti bancuhan kuih cara/ roti jala.

Cara penyediaan laksam
Bancuh tepung beras dan air suam sehingga sebati. Gunakan jag air supaya bancuhan mudah dituangkan .
Dalam masa yang sama, didihkan air dalam alat pengukus.
Sapukan minyak masak pada tutup tin @ tudung periuk , letakkan dalam pengukus dan tuangkan bancuhan tepung tadi sehingga penuh pada tudung periuk itu. Tutup pengukus sehingga nampak wap keluar melalui tudung pengukus, menandakan laksam sudah masak. Sejukkan laksam dan gulung(gunakan kipas supaya cepat sejuk).ulang proses ini sehingga habis. Apabila nak makan, barulah laksam dipotong pendek-pendek.

Bahan-bahan untuk kuah
Ikan kembung ½ kg –direbus dan ambil isinya
Kelapa parut ½ kg –dimesin / blend untuk mendapat lebih banyak santan .
Halia ½ inci
Serbuk lada hitam 1 sudu teh
Bawang merah beberapa biji
Bawang putih 2 ulas
Asam keping
Bawang goreng
Gula Melaka @ gula tebu
Garam.

Cara penyediaan kuah
Isi ikan kembung, halia, bawang merah , bawang putih dimesin bersama santan. Apabila sudah hancur, masukkan ke dalam periuk. Tambahkan serbuk lada hitam, asam keping, gula Melaka @ gula tebu dan garam. Kacau atas api kecil perlahan-lahan sehingga kuah mendidih.Tutup api dan masukkan bawang goreng ke dalam kuah.

Ulam
Kacang panjang, kobis, timun, daun kesum, bunga kantan, tauge, daun serai kayu(pucuk mambu). Semua bahan dihiris kecuali tauge.

Sambal
Lada burung / cili api dimesin bersama sedikit cuka makan.
Masukkan gula, garam, belacan dan air perahan limau kasturi / lemon / limau nipis ke dalam sambal, gaul sehingga sebati.
· Di Kelantan, sambal biasanya dihidangkan berasingan iaitu sambal, belacan (dibakar atau tidak, mengikut selera masing-masing) dan garam halus.
· Bagi yang mahu makan laksa, gunakan laksa segera. Proses menyediakannya sama seperti Laksa Penang (untuk resepi, klik di sini). Di Kelantan, Laksa sedia dijual di pasar.