Friday, January 6, 2012

Laksa Kelantan / Laksam


Bahan-bahan untuk membuat Laksam
Tepung beras 10 senduk (saiz senduk adalah sama seperti senduk nasi)
Air suam lebih kurang 10 cawan(anggaran kasar)
Jika bancuhan terlalu pekat, laksam akan merekah apabila masak. Jika bancuhan terlalu cair, laksam akan terlalu lembik dan susah digulung. Jadi, pastikan bancuhan adalah tidak terlalu pekat atau cair. Kepekatan bancuhannya lebih kurang seperti bancuhan kuih cara/ roti jala.

Cara penyediaan laksam
Bancuh tepung beras dan air suam sehingga sebati. Gunakan jag air supaya bancuhan mudah dituangkan .
Dalam masa yang sama, didihkan air dalam alat pengukus.
Sapukan minyak masak pada tutup tin @ tudung periuk , letakkan dalam pengukus dan tuangkan bancuhan tepung tadi sehingga penuh pada tudung periuk itu. Tutup pengukus sehingga nampak wap keluar melalui tudung pengukus, menandakan laksam sudah masak. Sejukkan laksam dan gulung(gunakan kipas supaya cepat sejuk).ulang proses ini sehingga habis. Apabila nak makan, barulah laksam dipotong pendek-pendek.

Bahan-bahan untuk kuah
Ikan kembung ½ kg –direbus dan ambil isinya
Kelapa parut ½ kg –dimesin / blend untuk mendapat lebih banyak santan .
Halia ½ inci
Serbuk lada hitam 1 sudu teh
Bawang merah beberapa biji
Bawang putih 2 ulas
Asam keping
Bawang goreng
Gula Melaka @ gula tebu
Garam.

Cara penyediaan kuah
Isi ikan kembung, halia, bawang merah , bawang putih dimesin bersama santan. Apabila sudah hancur, masukkan ke dalam periuk. Tambahkan serbuk lada hitam, asam keping, gula Melaka @ gula tebu dan garam. Kacau atas api kecil perlahan-lahan sehingga kuah mendidih.Tutup api dan masukkan bawang goreng ke dalam kuah.

Ulam
Kacang panjang, kobis, timun, daun kesum, bunga kantan, tauge, daun serai kayu(pucuk mambu). Semua bahan dihiris kecuali tauge.

Sambal
Lada burung / cili api dimesin bersama sedikit cuka makan.
Masukkan gula, garam, belacan dan air perahan limau kasturi / lemon / limau nipis ke dalam sambal, gaul sehingga sebati.
· Di Kelantan, sambal biasanya dihidangkan berasingan iaitu sambal, belacan (dibakar atau tidak, mengikut selera masing-masing) dan garam halus.
· Bagi yang mahu makan laksa, gunakan laksa segera. Proses menyediakannya sama seperti Laksa Penang (untuk resepi, klik di sini). Di Kelantan, Laksa sedia dijual di pasar.

No comments: