Saturday, February 28, 2009

Pickled turmeric

Ingredients:
turmeric - sliced/cut into some portion

Method:
Mix it in vinegar. Add some sugar and salt.

Sambal durian

Cara penyediaan:
Durian segar, dibuang biji dan digaulkan bersama sedikit gula, garam dan cili. Terus dimakan bersama ulam-ulaman (bersama hidangan nasi ).

Kerang percik

Cara penyediaan Kerang:
Isi kerang diperap dengan sedikit halia, bawang putih dan sedikit garam. Kemudian direbus sekejap, dicucuk dengan lidi sate, barulah dibakar seperti biasa.

Cara penyediaan kuah:
bawang putih, bawang merah, lada hitam ditumbuk lumat. gaulkan ke dalam santan pekat. masukkan sedikit garam. Kacau atas api perlahan, sehingga kuah benar-benar pekat dan keluar minyak. Kemudian, kuah ini disapukan atas kerang yang sedang dibakar seperti membakar sate biasa.

Pansuh


Cara penyediaan:

Bunga kantan dan serai dihiris. Pucuk ubi kayu diramas (seperti memberus kain) sehingga keluar airnya. Semua bahan itu diperap bersama ayam, garam dan gula (sebagai ganti kepada MSG) selama beberapa jam.Kemudian, dimasukkan ke dalam buluh dan dibakar seperti membakar lemang. Jika ayam yang diperap itu terlalu kering, tambahkan sedikit air untuk memudahkannya masak, tapi jangan sampai ia nampak seperti berkuah kerana apabila ia masak, keaadaannya agak kering seperti dalam gambar.

Catatan:Resepi ni saya buat bersama mertua semasa di Kelantan..sempena hari lahir suami.

Cekodok durian

Cara penyediaan:
Durian segar dibuang biji, digaul bersama sedikit tepung gandum, baking powder, gula dan garam.Perap beberapa jam baru digoreng.

Pulut durian

Cara penyediaan:
  1. Pulut: Beras pulut dibersihkan dan ditanak seperti biasa.
  2. Santan:Kelapa parut dicampur dengan air suam, diperah untuk dapatkan santan. Santan ini tak perlu lagi dimasak. Tambah secubit garam.
Cara makan:
Pulut digaul bersama durian, gula Melaka/gula biasa, dan santan.

Bubur kacang hijau dan durian (Durian porridge)

Cara penyediaan:
Kacang hijau direndam beberapa jam. Kemudian direbus bersama sedikit air, sesudu minyak masak (bagi memudahkannya empuk),daun pandan dan beberapa ulas durian segar.
Apabila hampir empuk, masukkan beberapa cawan santan pekat dan biji sagu, gula Melaka/gula biasa dan secubit garam. Kacau hingga pekat.

Cucur ubi kayu

Cara penyediaan:
Ubi kayu direbus terlebih dahulu, ditumbuk dan dicampur dengan sedikit gula dan kelapa muda.
dalam masa yang sama, bancuhkan 3 sudu tepung gandum, 1 sudu tepung beras, serbuk kunyit, sedikit air dan sedikit garam. Ubi kayu dibentukkan bulat-bulat dan dicelup ke dalam bancuhan tadi sebelum digoreng.

Kuih koleh ubi yam


Cara penyediaan:
Ubi yam (banyak orang Kelantan menggelarnya sebagai ubi badak merah/walaupun sebenarnya warnanya purple) dibuang kulit, bersihkan dan dipotong kecil. Rebus dengan sedikit air sehingga empuk dan kacau sehingga hancur.
Masukkan 3 cawan santan pekat (yang dibancuh dengan 2 senduk tepung beras terlebih dahulu-ini bagi menjadikan kuih pekat dan senang dipotong), 2 senduk gula dan sedikit garam. Kacau atas api perlahan sehingga kuih menjadi likat, tuang atas dulang. Apabila telah sejuk, barulah dipotong.