Tuesday, April 27, 2010

Nasi goreng ikan

Cara penyediaan:
  1. Goreng ikan cencaru dan perisikan/buang tulang dan kulit.
  2. tumiskan bawang putih dan bawang besar
  3. masukkan kicap manis, ikan, lada burung/cili dan bendi atau apa2 sayur kesukaan anda.
  4. Masukkan nasi. kacau sebati hingga masak.

Pizza

Untuk resepi lengkap, sila klik di sini.

Inti pizza:
  1. Bawang putih ditumis bersama sedikit serbuk lada hitam
  2. masukkan ayam,sotong, carrot,sosej, bunga kobis, tomato, bawang besar dan lain2 sayuran sehingga separuh masak. cendawan hanya digaul bersama inti selepas api ditutup.
  3. gunakan sos cili dan keju sebagai hiasan bahagian atas pizza.

Friday, April 9, 2010

Kuih Jelbab/ Bungkus Keledek



Numbered List
Bahan asas(anggaran kasar):
Santan-4 cawan
tepung beras-1 senduk besar
ubi keledek-4 biji
garam-1 sudu teh
gula- 1 senduk.

Cara penyediaan:
  1. Keledek dibersihkan, dikikis kulitnya dan dipotong memanjang. Bersihkan sekali lagi dan toskan.
  2. Sediakan santan. sedikit tepung beras,gula dan sedikit garam (jika suka, boleh jg tambah sedikit kapur sireh/secubit sahaja yg dibancuh dgn sedikit air). kacau sebati semua bahan bersama keledek tadi dan kacau atas api kecil sehingga adunan kuih menjadi pekat.
  3. Tutup api, dan angkat adunan kuih,barulah boleh dibungkus dalam daun pisang.
  4. semasa membungkus kuih, anda bolehlah panaskan air dalam pengukus.
  5. Apabila air mendidih, kuih yang siap dibungkus sedia dikukus.
  6. Kukus sehingga masak lebih kurang 5-10 minit atau sehingga keluar asap dari sisi penutup pengukus.

Kuih Poli Ubi kayu

Cara penyediaan:
  1. Bersihkan ubi kayu (gunakan spesies berwarna kuning) dan toskan.
  2. Parutkan ubi. kacau atas api kecil hingga masak. sejukkan dalam dulang hingga boleh dipotong.
  3. Sementara itu, masakkan sedikit gula melaka bersama sedikit air.
  4. Ubi yang telah dipotong, digaulkan bersama kelapa parut.
  5. Sedia dimakan bersama kuah gula melaka tadi.


Kuih Tepung Bokor Ubi kayu

Cara penyediaan:
  1. Ubi kayu dibuang kulitnya, dibersihkan dan disejat. (saya guna ubi spesies kuning)
  2. Parutkan ubi dan masak atas api kecil, seterusnya dituangkan dalam bekas supaya sejuk .
  3. Sementara itu, sediakan santan pekat yang dicampurkan sedikit tepung beras,sedikit kapur sireh bersama beberapa sudu gula dan secubit garam.kacau atas api kecil sehingga masak dan tuangkan atas adunan ubi tadi. biarkan hingga sejuk dan bolehlah diceduk menggunakan sudu/senduk untuk dimakan.

Monday, April 5, 2010

Karipap pusing

Cara membuatnya:
1. Buat 2 adunan iaitu
A. Adunkan tepung gandum bersama air sahaja.
B. Adunkan tepung gandum bersama mentega/planta sahaja.
  • Setiap adunan A dan B digentel menjadi 2 adunan bulat.
  • Masukkan adunan B ke dalam adunan A.
  • Leperkan seperti dalam gambar.

2. Hiris mana-mana sudut dan gulung.

3. Gulung hingga habis

4. Bahagian hujung yang dah digulung itu, digulung sekali lagi hingga gulungan menjadi rata seperti gambar ini:

5. Potong kecil adunan yang digulung tadi, sehingga menjadi beberapa kepingan kecil. Setiap potongan kecil inilah yang ditekan menjadi lebih lebar.
6. Masukkan inti (sama ada inti jenis kari atau yg menggunakan lada hitam seperti ini,terpulang kpd selera masing2. Yang penting bahan asasnya ada misalnya ayam bersama kentang/keledek).
7. Anda boleh gunakan penekap atau tangan. Gambar ini adalah karipap yang sedia digoreng.

Mee Goreng