Kulit Pizza
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar yis
sedikit serbuk penaik (baking powder)
air suam atau air sejuk
sedikit gula dan garam.
Semua bahan ini diadun sebati dan diperap selama lebih kurang 1 jam atau sehingga doh mengembang 2 kali ganda. Semasa ingin membuat bentuk tapak pizza, sapukan tangan dengan sedikit minyak masak supaya ia licin/tidak melekat. Anda juga boleh menambahkan sesudu minyak masak semasa mengadun doh pizza tadi (jika suka).
Apabila tapak pizza sudah dibentukkan, tekanlah tapak itu dengan garpu, tambahkan sos tomato/cili, mayonaise, cheese, dan inti pizza. Lapisan atas inti, taburlah sekali lagi dengan cheese, mayonaise dan sos. Kemudian dibakar lebih kurang selama 15 minit atau sehingga masak.
- Jika sukar mendapatkan cheese yang anda yakin halal, gantikan dengan plain yogurt.
- Anda juga boleh masukkan 2 sudu besar susu cair/yogurt dan sebiji telur ke dalam adunan kulit pizza (jika suka). Bahan di atas adalah bahan asasnya saja.
Tumiskan bawang putih, masukkan bahan-bahan berkenaan yang anda suka seperti ayam, lada benggala, bawang besar, nenas,cendawan, anak jagung, lada hitam dan sebagainya. Tambahkan sedikit gula dan garam. Tapi, jangan sampai ia empuk, memadai agar daging atau ayam masak. Bahan-bahan lain/sayur tak perlu masak, memadai digaulkan bersama setelah api ditutup.
No comments:
Post a Comment