Wednesday, June 4, 2008

Nasi Kerabu Kelantan / Nasi Ulam


Bahan-bahannya

1. Nasi putih @
Nasi berwarna biru ( gunakan air perahan bunga khas untuk nasi kerabu @ pewarna biru tulen Star Brand )

2. Sambal kelapa / nyiur

Bawang putih 2 ulas
Bawang merah / besar sebiji- dihiris melintang ( dibahagi 2, ½ untuk ditumbuk dan ½ lagi tak perlu ditumbuk).
Halia ½ inci
Serai 2 batang- dihiris
Kelapa parut 500g- digoreng tanpa minyak sehingga kuning
Ikan kembung –2 ekor, dibakar dan dibuang tulang
Gula Melaka ¼ keping atau sedikit gula
Garam
Serbuk lada hitam – ½ sudu teh.

Cara penyediaan sambal

Bawang putih, bawang merah, halia, serai , gula Melaka dan isi ikan ditumbuk lumat. Masukkan kelapa goreng, serbuk lada hitam, baki hirisan bawang merah / besar , garam, dan bahan yang ditumbuk lumat. Gaul sehingga sebati.

3. Tumis

Halia ½ inci, bawang putih 2 ulas, bawang merah 6 biji, cili kering beberapa tangkai (ikut suka), dimesin.
Serai 2 batang - diketuk
Gula Melaka ¼ keping atau sedikit gula
Garam
Asam gelugor 1 @ 2 keping
Santan 4 cawan
Daun kesum

Cara penyediaan tumis


Semua bahan yang dimesin dan serai ditumis dalam minyak panas. Masukkan santan dan semua bahan sehingga mendidih dan tumis menjadi pekat. @
jika tak mahu cara diatas, boleh masukkan semua bahan sekaligus, didihkan sehingga santan menjadi pekat dan keluar minyak. Pastikan api dikecilkan dan dikacau selalu supaya santan tidak pecah.

4. Budu (Anchovy sauce)
Air limau kasturi / lemon / limau nipis – 1 sudu besar atau lebih, ikut selera
Cili api / Lada burung beberapa biji - dihiris
Bawang besar – dihiris melintang
Budu Kelantan
Semua bahan digaul bersama. Boleh juga tambah isi ikan tawar bakar dalam budu.

5. Ulam


Kacang panjang, kobis, timun, daun kesum, bunga kantan, tauge, daun serai kayu (pucuk mambu). Semua bahan dihiris kecuali tauge.

6. Solok lada (untuk resepi, klik di sini)
7. Ayam @ daging bakar

8. Keropok goreng @ papadom (pappads)

9. Ikan goreng celup tepung,atau ikan percik. (Sila klik di sini untuk resepi percik)

Catatan:

Nasi kerabu juga sesuai dimakan dengan telur masin, ikan bilis dan kacang goreng.

No comments: