Thursday, June 5, 2008

Ikan Percik Kelantan ( Grilled Pomfret )




Bahan-bahannya:

A.Ikan bawal
Bawang merah 4 biji
Bawang putih 1 ulas
Halia ½ inci
Serai 2 batang
Serbuk lada hitam ½ sudu teh

B. Santan pekat 1 cawan
Tepung beras / gandum ½ sudu teh
Sedikit garam dan gula

Cara menyediakannya
Semua bahan A ditumbuk lumat dan dibahagi 2.
1 bahagian dicampur sedikit garam, digunakan untuk memerap ikan .
1 bahagian lagi dimasukkan ke dalam bahan B, dikacau sebati dan dimasak atas api sederhana hingga menjadi kuah yang pekat.

Bakar ikan hingga masak dan sapukan kuah ke atas ikan sedikit demi sedikit semasa membakar, hingga sebati dengan ikan , barulah diangkat. Baki kuah boleh disapu atas ikan percik kelantan semasa menghidang.

Catatan: Resepi ini juga sesuai untuk memasak ayam.

No comments: