Monday, September 19, 2011

Popia segera.


Cara penyediaan:
  1. Inti: Tumiskan bawang putih yg telah dicincang,masukkan daging ayam(potong dadu),serbuk kari(atau serbuk lada hitam-ikut selera),ubi kentang, carrot, dan bawang besar yang dipotong dadu. Tambah sedikit air,gula, garam.Kacau hingga empuk.
  2. Sejukkan inti.Gulung inti bersama kulit popia seperti biasa.
  3. Boleh digoreng terus atau disimpan dalam peti sejuk beberapa hari.
Catatan:
Inti yg digunakan bergantung kpd selera masing2.Mungkin ada yg suka inti sardin dan kentang atau apa saja..

Pucuk ubi berempah

Cara penyediaan:

  1. Pucuk ubi kayu dihiris , perah airnya dan celur.Cuci sekali lagi dan toskan.
  2. Sediakan bahan2 seperti bawang putih,bawang merah, lada burung,ikan bilis atau udang kering atau udang rebus yg telah dibuang kulit , sedikit halia dan tumbuk lumat.
  3. Gaulkan pucuk ubi bersama semua bahan, tambah gula garam spt biasa.boleh juga diperahkan sedikit asam kasturi.

Sambal udang bakar.

Cara penyediaan:
  1. Bersihkan udang segar saiz sederhana(RM18/kg),bakar dan kupas kulit.
  2. Bakar seulas bawang putih dan 2 ulas bawang merah.tumbuk bawang bersama cili merah atau lada burung.tumbuk sedikit udang bakar hingga hampir hancur dan separuh lagi sekadar ketuk saja.
  3. Gaulkan kesemua bersama bawang besar dan tomato yg dihiris halus, sedikit perahan limau nipis, sedikit gula dan garam.

Masak lemak keledek dan sambal udang

Cara penyediaan:
  1. Masak resepi ini seperti masak lemak putih biasa iaitu dgn mencampurkan bawang dan lada hitam bersama santan. Cuma bagi sayur ini, tambahkan daun/pucuk ubi keledek tersebut bersama ubi,lebih sedap.
  2. Apabila sayur dah masak dan dihidang, gaulkan bersama sambal tumis udang atau sotong, memang sedap sebab rasanya yang lemak pedas.

Thursday, March 31, 2011

Daging masak lada hitam

Cara penyediaan:

Perapkan daging dengan sedikit bawang putih,garam dan serbuk lada hitam. Goreng seperti biasa sehingga masak, tambahkan sedikit kicap manis, serbuk lada hitam,bawang besar dan sayur mengikut sesukaan anda. Masukkan kacang peas dalam tin kerana rasanya yang manis memberi aroma tersendiri kpd daging tersebut.

Tuesday, March 29, 2011

Umbut kelapa masak kari

Masak lemak Jantung pisang

Bahan asas:
  1. Jantung pisang dipotong halus cara melintang, kemudian dicelur hingga empuk. Tapis/Buang airnya dan dicuci/bilas untuk menghilangkan kelatnya.
  2. Bawang merah,bawang putih,cili kering dan sedikit lengkuas ditumbuk lumat/mesin .
  3. 2 cawan santan pekat(anggaran).
  4. Sedikit gula(sebagai ganti MSG ) dan garam.
  5. Sedikit serbuk kunyit.
Cara penyediaan:
Gaulkan semua bahan dan masak atas api kecil hingga mendidih.Masukkan sedikit bawang goreng dan gaul bersama apabila hampir masak.

Saturday, March 19, 2011

Sotong masak daun kunyit dan limau purut

s
Bahan asas:
  1. Sotong-diperap sekejap dengan garam kunyit
  2. bawang putih dan serai-diketuk
  3. bawang besar-dihiris atau belah 4
  4. daun limau purut dan daun kunyit muda -dihiris
  5. sedikit gula dan garam.
  6. Cili api (jika perlu)-hiris atau ketuk
  7. tauhu goreng,lada benggala(Capsicum) dan tomato-potong kecil
Cara penyediaan:
Tumiskan bawang putih dan bawang besar serta serai dan masukkan sotong.Tambah sedikit air dan masukkan semua bahan hingga sotong empuk.Tauhu,capsicum dan tomato boleh dimasukkan apabila api hampir dipadamkan.

Pisang Sira


Bahan asas:
  1. Pisang kepuk(kebatu/Abu Nipah)-dibuang kulit dan belah dua.
  2. Gula
  3. Pewarna kuning/merah
  4. daun pandan
  5. Bunga cengkih(jika suka)
  6. sedikit air
  7. secubit kapur sireh
  8. secubit garam
Cara penyediaan:
  1. Rendam pisang dalam air yang dibancuh sedikit kapur selama lebih kurang setengah jam.
  2. Bilas pisang. Sementara itu panaskan air bersama bahan2 lain sehingga mendidih,baru masukkan pisang dan biar atas api kecil hingga pisang masak.
Catatan:
Sangat sedap dimakan kalau disimpan dalam peti sejuk semalaman.

Monday, March 14, 2011

Umbut kelapa Masak lemak cili api


Bahan asas:
  1. Umbut kelapa dipotong kecil dan dicelur sekejap. Tapis/buang airnya .
  2. bawang putih dan bawang merah ditumbuk lumat.
  3. 2 batang Serai dan beberapa biji cili api diketuk hingga pecah.
  4. Santan 3 cawan.
  5. Udang saiz sederhana dibuang kulit.
  6. Sedikit gula dan garam.
  7. serbuk kunyit
Cara penyediaan:
  1. Masukkan semua bahan(kecuali umbut) dan kacau atas api kecil hingga kuah hampir mendidih. Kemudian baru masukkan umbut kelapa, kacau lagi hingga masak.

Umbut kelapa masak kurma.


Bahan asas:
  1. Umbut kelapa dipotong kecil dan dicelur sekejap. Tapis/buang airnya .
  2. bawang putih dan bawang merah dihiris.
  3. sedikit daun kari(jika perlu).
  4. Santan 3 cawan.
  5. bawang besar dibelah 4
  6. tomato dibelah 2.
  7. 1 tin kerang dalam kuah kari.
  8. Sedikit gula dan garam.
  9. 3 sudu serbuk kurma.
Cara penyediaan:
Tumis bawang, daun kari dan masukkan serbuk kurma yang dibancuh dengan sedikit santan. Masukkan pula umbut,bawang besar dan kerang dan kacau atas api kecil hingga kuah hampir mendidih. Kemudian baru masukkan gula,garam,sedikit bawang goreng,tomato dan kacau lagi hingga masak.

Tuesday, February 1, 2011

Putu Halba



Cara penyediaan:
  1. Bersihkan ubi dan parut (saya lebih suka gunakan ubi spesies berwarna kuning kerana jenis ini tak berair-tak perlu ditapis).
  2. Gaulkan ubi dengan sedikit halia dan bawang(merah dan putih-tumbuk atau hiris) dan biji halba. Ada orang hanya masukkan halba,langsung tak guna bawang-terpulanglah kpd selera masing-masing.
  3. Gula Melaka-dipotong halus
  4. Sediakan tuala (Good Morning-cotton towel) atau kain jenis jarang yang bersih
  5. Sambil itu panaskan air dalam pengukus
  6. Letakkan piring kecil atau tutup tin atau daun pisang atas kain tersebut dan isikan dengan ubi yang diparut tadi, mengikut aturan iaitu isikan ubi dulu,lepas tu Gula Melaka,kemudian tutup dengan ubi parut .Maksudnya,Gula Melaka di tengah-tengah.
  7. Kukus hingga masak.

Catatan:
Jika ada alat pengukus khas seperti yang digunakan oleh penjual di tepi2 jalan,lebih mudah.Jika tak ada,cara begini pun boleh.

Wednesday, January 12, 2011

Keledek goreng

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan keledek dengan mengikis kulitnya. Potong kecil ikut kesukaan.
  2. Sediakan tepung gandum 3 sudu, tepung beras 1 sudu, beberapa titik cuka makan,sedikit baking powder, bijan, kelapa parut dan sedikit garam.bancuh dengan air.
  3. Goreng seperti biasa

Catatan: Keledek ini adalah yang saya tanam sendiri di belakang rumah, dengan menanam segala sisa organik dari dapur di sebelahnya. Hasilnya tanaman menjadi subur.