Monday, March 14, 2011

Umbut kelapa Masak lemak cili api


Bahan asas:
  1. Umbut kelapa dipotong kecil dan dicelur sekejap. Tapis/buang airnya .
  2. bawang putih dan bawang merah ditumbuk lumat.
  3. 2 batang Serai dan beberapa biji cili api diketuk hingga pecah.
  4. Santan 3 cawan.
  5. Udang saiz sederhana dibuang kulit.
  6. Sedikit gula dan garam.
  7. serbuk kunyit
Cara penyediaan:
  1. Masukkan semua bahan(kecuali umbut) dan kacau atas api kecil hingga kuah hampir mendidih. Kemudian baru masukkan umbut kelapa, kacau lagi hingga masak.

Umbut kelapa masak kurma.


Bahan asas:
  1. Umbut kelapa dipotong kecil dan dicelur sekejap. Tapis/buang airnya .
  2. bawang putih dan bawang merah dihiris.
  3. sedikit daun kari(jika perlu).
  4. Santan 3 cawan.
  5. bawang besar dibelah 4
  6. tomato dibelah 2.
  7. 1 tin kerang dalam kuah kari.
  8. Sedikit gula dan garam.
  9. 3 sudu serbuk kurma.
Cara penyediaan:
Tumis bawang, daun kari dan masukkan serbuk kurma yang dibancuh dengan sedikit santan. Masukkan pula umbut,bawang besar dan kerang dan kacau atas api kecil hingga kuah hampir mendidih. Kemudian baru masukkan gula,garam,sedikit bawang goreng,tomato dan kacau lagi hingga masak.

Tuesday, February 1, 2011

Putu Halba



Cara penyediaan:
  1. Bersihkan ubi dan parut (saya lebih suka gunakan ubi spesies berwarna kuning kerana jenis ini tak berair-tak perlu ditapis).
  2. Gaulkan ubi dengan sedikit halia dan bawang(merah dan putih-tumbuk atau hiris) dan biji halba. Ada orang hanya masukkan halba,langsung tak guna bawang-terpulanglah kpd selera masing-masing.
  3. Gula Melaka-dipotong halus
  4. Sediakan tuala (Good Morning-cotton towel) atau kain jenis jarang yang bersih
  5. Sambil itu panaskan air dalam pengukus
  6. Letakkan piring kecil atau tutup tin atau daun pisang atas kain tersebut dan isikan dengan ubi yang diparut tadi, mengikut aturan iaitu isikan ubi dulu,lepas tu Gula Melaka,kemudian tutup dengan ubi parut .Maksudnya,Gula Melaka di tengah-tengah.
  7. Kukus hingga masak.

Catatan:
Jika ada alat pengukus khas seperti yang digunakan oleh penjual di tepi2 jalan,lebih mudah.Jika tak ada,cara begini pun boleh.

Wednesday, January 12, 2011

Keledek goreng

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan keledek dengan mengikis kulitnya. Potong kecil ikut kesukaan.
  2. Sediakan tepung gandum 3 sudu, tepung beras 1 sudu, beberapa titik cuka makan,sedikit baking powder, bijan, kelapa parut dan sedikit garam.bancuh dengan air.
  3. Goreng seperti biasa

Catatan: Keledek ini adalah yang saya tanam sendiri di belakang rumah, dengan menanam segala sisa organik dari dapur di sebelahnya. Hasilnya tanaman menjadi subur.

Tuesday, August 24, 2010

Ketupat Sotong



Cara penyediaan:
  1. Bersihkan sotong-buang segala isi perut yang hitam atau pasir yang ada di dalamnya. Kikis kulitnya (jika suka). Asingkan kepala sotong dan telur jika ada.
  2. Sementara itu bersihkan secawan beras pulut dan rendam sekejap bersama sedikit santan.
  3. Sejatkan beras pulut dan sumbatkannya ke dalam sotong. Jangan sampai penuh bila isikan pulut, biar separuh atau 1/3 saja. (Kalau tak sotong akan pecah bila pulut yang dimasak nanti mengembang).
  4. Masukkan kepala sotong dan cucuk dengan lidi.
  5. Masukkan sotong ke dalam santan bersama daun pandan, sebatang serai yang diketuk, gula melaka dan secubit garam.Kalau nak lebih manis, tambahkan beberapa sudu gula.(Ada juga yang masukkan sedikit halia dan bunga cengkih-terpulanglah kepada selera masing2)
  6. Rebus sehingga kuah menjadi pekat dan sotong telah mengembang menandakan pulut yang di dalam badan sotong telah empuk. Pastikan api sederhana kecil.

Bubur Pedas Sarawak

Bahan-bahannya:

Bwg merah
bwg putih
sedikit halia
2 batang serai
Kulat/tauhu kering - Rendam dulu, baru dihiris halus-halus
Soo hoon
Daun kunyit
daun ‘singkil’/buas
Sayur kcg panjang
Baby corn (anak jagung)
Kobis
lobak merah
bunga kobis
tomato atau apa saja jenis sayur kegemaran.
2 sudu makan serbuk kari
3 sudu makan serbuk mumbu bubur pedas - Campurkan keduanya kemudian bancuh dengan sedikit air
- Santan (1 biji kelapa)
- rempah tumis
Ayam/daging lembu /udang atau apa saja jenis lauk yang sesuai.


Cara penyediaan:
1. Tumis bwg/serai/halia yang telah ditumbuk sehingga naik baunya
2. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air/santan dan tumis bersama pes cili kering(jika inginkan rasa yang lebih pedas) bersama serbuk mumbu sehingga kekuningan.
3. Masukkan santan, kacau rata sehingga mendidih.
4. Selepas tu, masukkan bahan yang telah dihiris, satu persatu, dimulai dgn bahan yang susah empuk hingga yang paling senang empuk.
5. Akhir sekali, masukkan soo hoon..kacau, tutup api..
6. Tambahkan sedikit garam dan gula.