Thursday, June 5, 2008

Easy Sandwich


Ingredients:
Bread, sardine dan salad

Method:
1.Heat a little of cooking oil in a saucepan, and gently fry slices of 1 clove of garlic and onion . Add sardine and slices red chillies . Press them using a laddle. Squeeze some lemon.

How to prepare salad
Slices of tomatoes, pineapples, onion, cucumber , carrot and any other salad . Mix them in mayonnaise.

Ikan Percik Kelantan ( Grilled Pomfret )




Bahan-bahannya:

A.Ikan bawal
Bawang merah 4 biji
Bawang putih 1 ulas
Halia ½ inci
Serai 2 batang
Serbuk lada hitam ½ sudu teh

B. Santan pekat 1 cawan
Tepung beras / gandum ½ sudu teh
Sedikit garam dan gula

Cara menyediakannya
Semua bahan A ditumbuk lumat dan dibahagi 2.
1 bahagian dicampur sedikit garam, digunakan untuk memerap ikan .
1 bahagian lagi dimasukkan ke dalam bahan B, dikacau sebati dan dimasak atas api sederhana hingga menjadi kuah yang pekat.

Bakar ikan hingga masak dan sapukan kuah ke atas ikan sedikit demi sedikit semasa membakar, hingga sebati dengan ikan , barulah diangkat. Baki kuah boleh disapu atas ikan percik kelantan semasa menghidang.

Catatan: Resepi ini juga sesuai untuk memasak ayam.

Stuffed Tofu ( Tauhu Sumbat )


Ingredients
Tofu, cucumber, carrot and bean sprouts.

Sauce:
1 clove of garlic, shrimp and 4 dried chilies - blended
1 tsp tamarind paste
Sugar or gula melaka
Salt
1 tsp sesame
Prawn paste (optional)

Method:
Mix all of the ingredients and boil.
*The sauce can also be substituted with peanut sauce

Wednesday, June 4, 2008

Solok Lada ( Stuffed Chillies )


Bahan dan cara penyediaan inti solok lada adalah sama seperti sambal kelapa nasi kerabu (untuk resepi, klik di sini). Cuma lebih baik jika gunakan isi ikan mentah untuk solok supaya ia lebih kemas apabila dimasak.

Cara membuat solok lada:
Belah cili hijau dan buang bijinya. Isikan inti dengan kemas. Susun cili yang telah siap di dalam periuk. Masukkan sedikit santan dan rebus solok lada dengan api kecil sehingga kuah menjadi hampir kering.

Water spinach and bean sprouts fritters




Ingredients:
Water spinach and onion - sliced
1 egg
Plain flour
1 tsp baking powder
Prawn (small size)
Bean sprouts
water

Method:
Mix all of the ingredients and keep in a container about 1hr before frying.

Sauce:
1 clove of garlic and 2 red chillies - shredded
1 tsp Vinegar
Sugar
Salt
2 tsp tomato ketchup

Method:
Mix all of the ingredients.

Nasi Kerabu Kelantan / Nasi Ulam


Bahan-bahannya

1. Nasi putih @
Nasi berwarna biru ( gunakan air perahan bunga khas untuk nasi kerabu @ pewarna biru tulen Star Brand )

2. Sambal kelapa / nyiur

Bawang putih 2 ulas
Bawang merah / besar sebiji- dihiris melintang ( dibahagi 2, ½ untuk ditumbuk dan ½ lagi tak perlu ditumbuk).
Halia ½ inci
Serai 2 batang- dihiris
Kelapa parut 500g- digoreng tanpa minyak sehingga kuning
Ikan kembung –2 ekor, dibakar dan dibuang tulang
Gula Melaka ¼ keping atau sedikit gula
Garam
Serbuk lada hitam – ½ sudu teh.

Cara penyediaan sambal

Bawang putih, bawang merah, halia, serai , gula Melaka dan isi ikan ditumbuk lumat. Masukkan kelapa goreng, serbuk lada hitam, baki hirisan bawang merah / besar , garam, dan bahan yang ditumbuk lumat. Gaul sehingga sebati.

3. Tumis

Halia ½ inci, bawang putih 2 ulas, bawang merah 6 biji, cili kering beberapa tangkai (ikut suka), dimesin.
Serai 2 batang - diketuk
Gula Melaka ¼ keping atau sedikit gula
Garam
Asam gelugor 1 @ 2 keping
Santan 4 cawan
Daun kesum

Cara penyediaan tumis


Semua bahan yang dimesin dan serai ditumis dalam minyak panas. Masukkan santan dan semua bahan sehingga mendidih dan tumis menjadi pekat. @
jika tak mahu cara diatas, boleh masukkan semua bahan sekaligus, didihkan sehingga santan menjadi pekat dan keluar minyak. Pastikan api dikecilkan dan dikacau selalu supaya santan tidak pecah.

4. Budu (Anchovy sauce)
Air limau kasturi / lemon / limau nipis – 1 sudu besar atau lebih, ikut selera
Cili api / Lada burung beberapa biji - dihiris
Bawang besar – dihiris melintang
Budu Kelantan
Semua bahan digaul bersama. Boleh juga tambah isi ikan tawar bakar dalam budu.

5. Ulam


Kacang panjang, kobis, timun, daun kesum, bunga kantan, tauge, daun serai kayu (pucuk mambu). Semua bahan dihiris kecuali tauge.

6. Solok lada (untuk resepi, klik di sini)
7. Ayam @ daging bakar

8. Keropok goreng @ papadom (pappads)

9. Ikan goreng celup tepung,atau ikan percik. (Sila klik di sini untuk resepi percik)

Catatan:

Nasi kerabu juga sesuai dimakan dengan telur masin, ikan bilis dan kacang goreng.

Kerabu Pucuk Paku




Bahan-bahan
Pucuk paku seikat (pilih yang batangnya gemuk dan kurang daun / bentuknya seperti lingkaran ubat nyamuk )- dipotong pendek dan dicelur
Bawang putih 2 ulas
Bawang merah / besar sebiji- dihiris melintang ( dibahagi 2, ½ untuk ditumbuk dan ½ lagi tak perlu ditumbuk).
Halia ½ inci
Serai 2 batang- dihiris
Kelapa parut 250g- digoreng tanpa minyak/ buat kerisek
Ikan kembung –seekor, dibakar dan dibuang tulang atau
Udang kering segenggam
Air limau kasturi / lemon / limau nipis – 1 sudu besar atau lebih, ikut selera
Gula Melaka ¼ keping atau sedikit gula
Lada burung / cili api beberapa biji - dihiris
Garam
Santan pekat – 2 sudu besar(diperoleh dari kelapa parut yang diperah dengan air panas)
Belacan bakar- sedikit (jika suka)
Serbuk lada hitam – ½ sudu teh.

Cara penyediaan
Bawang putih, bawang merah, halia, serai , gula Melaka dan isi ikan ditumbuk lumat. Masukkan kerisek, serbuk lada hitam, air limau, baki hirisan bawang merah / besar lada burung / cili api, garam, pucuk paku (tos / sejat terlebih dahulu),santan pekat dan bahan yang ditumbuk lumat. Gaul sehingga sebati.