CARA/KAEDAH 1: MASAK SEDIKIT GUNA RICE COOKER DAN KUALI.
Catatan:
Resepi ni rekaan sendiri, tak ikut skima yg sebenar sb masak dalam rice cooker dulu, baru keringkan dalam kuali- sekadar untuk hidangan beberapa keluarga sahaja.
Cara penyediaan cara 1:
- Beras 3 pot- dimasak terlebih dahulu.
- Kacang hijau 1 cawan-mesin hampir hancur.
- Jagung manis 1 tin- separuh dimesin hampir hancur dan separuh lagi tak perlu. Terpulang kepada selera masing-masing sebab saya lebih suka menggigit jagung manis tersebut kerana rasanya yang enak.
- rempah Asyura-1 cawan(ikut selera-sebab ada orang tak sukakan bau rempah, jadi boleh kurangkan)-di jual di kedai yang menjual rempah di Kelantan
- Bunga lawang- saya sukakan aromanya, w/pun resepi asalnya iaitu yang dimasak dengan kawah, tak semua orang masukkannya.
- halia lbh kurang 2 inci, serai dlm 3-4 batang,bawang merah (saya biasa guna bawang Bombay.kalau bawang bombay tu dlm 5 biji juga.kalau bawang merah biasa dlm setengah kilo) dan bawang putih dlm 1 labu/tongkol- dimesin dan ditumis.**sukatan bawang tu terpulang kpd selera masing2 sebenarnya.
- Gula, garam, santan dan gula melaka(jika suka).
- Daging ayam/lembu-direbus dan dicarikkan kecil-kecil
- Kerisek-setengah cawan
Ada juga orang yang masukkan semua bahan tanpa menumisnya terlebih dahulu. Apabila hampir masak, masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah digoreng terlebih dahulu.
CARA/KAEDAH 2:MASAK BUBUR ASYURA SECARA BANYAK/SATU KAWAH DENGAN CARA PANTAS.
(ANGGARAN MASA 3-4 JAM PROSES MENGACAU)
PROSES KERJA
BUBUR ASYURA.
HARI PERTAMA:
1.
1. Kupas bawang Bombay (5 kg ) dan bawang putih(500g)- hiris –bahagi 2:
-separuh untuk mesin
-Separuh utk bt bawang goreng
2. Serai(40-50 batang), halia (1 kg ),sedikit lengkuas(jika suka) bawang putih dan bawang Bombay yang dah siap potong/hiris- mesin
3. Rebus Ayam (beli 10 dada ayam saiz besar )- Asingkan tulang/perisikan. Nak senang, cincang kasar ayam yg dah rebus tu dan lenyek dengan alu lesung.* pakai sarung tangan/plastik utk pegang ayam supaya ayam tahan lama.
4. Rebus keledek/ubi kentang (5-7 kg)
5. Mesin nyiur-jadikan santan –anggaran 8-10 kilo.
6. Rendam kacang hijau(2 kg) dan rebus malam atau awal pagi esok.
SEMUA BAHAN SIMPAN DALAM PETI SEJUK
1. Masak nasi 6 kg-masak lembik macam nak buat nasi himpit- nasi dah masak dan suam-lenyek dengan sudip kayu/gelas kaca/mesin
2. Lenyek kacang hijau yang dah siap rebus
3. Lenyek keledek/kentang
4. Masukkan bahan 1, 2 dan 3 dalam kawah bersama dengan ayam yg dah siap lenyek-tambah santan—kacau sebati semua bahan-barulah buka
api dapur kawah dan mulalah mengacau bubur Asyura macam biasa.
5. Apabila bubur dah separuh likat, lebih kurang 1-2 jam kemudian, masukkan 3 tin jagung manis yang dah siap dimesin kasar.
6. Sementara itu, dalam kuali lain, tumiskan bahan rempah yang dah dimesin ( bawang, halia,serai). Tumis hingga naik minyak/kekuningan. Masukkan bunga lawang dan rempah asyura (anggaran 1 kg atau lebih bergantung kpd selera) yang dah dibancuh dengan sedikit air terlebih dahulu. Tumis hingga masak/berkilat..tutup api.
7. Masukkan bahan 6 yg dah ditumis ke dalam kawah Asyura.
8. Masukkan bahan-bahan lain iaitu 7 tin jagung manis (tak perlu mesin supaya jagungnya nampak sebiji-sebiji dan sedap dikunyah),gula Melaka (ikut selera nak berapa keping), kerisek (setengah-1 kg ikut selera ) gula (7-8 kg),garam dan bawang goreng.
9. Kacau hingga siap.

HARI KEDUA/KERJA:

- Goreng bawang dulu.sebab boleh guna minyak goreng bawang untuk menumis bahan no. 6..untuk lebih wangi.
- Kami guna kawah di Sarawak, sedikit berbeza dengan saiz kawah di Kelantan. Kawah di Sarawak bahagian dasarnya lebih dalam jadinya kalau ikut resepi ini, tidaklah penuh satu kawah secara maksima, hanya 3/4 kawah. Tetapi kalau guna kawah di Kelantan, bahan ini boleh muat satu kawah...kalau guna kawah di Sarawak boleh tambah bahan misalnya tambah sedikit beras,kacang hijau,ubi dan santan dalam 1 kilo lagi setiap satu.
- Kalau nak buat hari yang sama pun boleh juga..mana-mana yang senang
Bahan yang dilenyek menggunakan senduk dan lain-lain (nasi, kacang hijau, ubi dan ayam).
Gaulkan bahan yang dilenyek tadi dalam kawah bersama santan, Dah sebati baru buka api.
Proses mengacau Asyura.
Proses melekat sticker pada bekas untuk agihan projek Bubur Asyura Usrah Serian 2017.
Asyura dah masak, dalam proses pembungkusan.
8.
17 comments:
Salam. Kalau x de rempah tu, nak ganti dgn aoe ye? Sy duduk jauh, x dpt nak cari rempah. Teringin sgt nak makan
Salam,tak pastilah Puan, sebab saya biasanya masa blk Klate,memang beli rempah ni siap2 sebab saya pun blk kg setahun sekali juga.simpan rempah tu dalam peti sejuk,InsyaAllah tahan lama.
Blh sy tau kedai mana kat kb yg jual rempah asyura tu?sy nak cuba buat kueh ni,sy pun dah lama tak makan..mmg rindu kueh ni.
Salam..Puan,saya beli ni di kedai yang jual rempah kari di P.Mas..rasanya di KB pun ada jg.tanya di kedai yg jual rempah kari lah..InsyaAllah ada.
Salam.. Nak tanya beli rempah kari kat pasir mas tu dekat pasar ke or kedai ada nama apa?
Salam.. Nak tanya beli rempah kari kat pasir mas tu dekat pasar ke or kedai ada nama apa?
Salam.. Nak tanya beli rempah kari kat pasir mas tu dekat pasar ke or kedai ada nama apa?
Salam Puan,saya beli kat pasar ..tak ada nama..kedai kecil dlm pasar yg jual serbuk kari dll.kalau tak silap kat kedai Munduk di Pasir Mas tu pun ada jual..kat kedai makcik yg jual keropok
Assalam...garam gula xletak ke
Ada..cuba baca yg no.7 tu..
Assalam sis..santan ni barape bnyak ye
Wslm..santan tu saya agak2 jelah sebab bahan2 yg kita blend tu pun dah ada air..kalau santan pekat tu mungkin sekilo untuk satu kuali.kalau santan cair,lebihkan sedikit..kalau agak keras,tambah lagi santan..yg penting jangan masukkan sekaligus takut terlebih lembik pula..sebab tu saya lbh suka guna santa pekat.
Salam..Yah..boleh buat nti..ada resepi ni..pndai awk..
Salam..Yah..boleh buat nti..ada resepi ni..pndai awk..
Alhamdulillah..terima kasih
Assalam..halia,serai,bwg mrh n bwg putih tu byk mn yer??
Wslm.saya baru update blog.Pn blh rujuk posting di atas Bagaimanapun, sukatan bahan tu Pn.blh sesuaikan ikut selera.terima kasih atas komen Pn.
Post a Comment