Saturday, January 30, 2010

Nasi Ayam

Cara penyediaan:
  1. Sup ayam
  • Masak sup seperti biasa iaitu pastikan ada rempah2 sup dan halia. Cuma pastikan ayam berkenaan adalah dalam potongan besar. Saya lebih suka menambahkan sedikit serbuk rempah kurma dan serbuk lada hitam setiap kali memasak sup untuk menambahkan kepekatan rasa kuah. Begitu juga dengan bawang goreng, saya lebih suka bawang yang digoreng sendiri (bawang putih dan merah), bukannya bawang goreng segera.
  • Jika anda suka, bolehlah ditambahkan kentang, carrot dan daun sup..
2. Nasi
  • Tumiskan (guna mentega/minyak sapi)bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis, halia, bawang putih dan bawang merah yang telah dimayang hingga kekuningan. Masukkan beras, sedikit pewarna kuning/serbuk kunyit dan kuah sup. Biarkan hingga mendidih dan hampir masak, masukkan daun sup dan kismis(jika suka).Biarkan hingga masak.
3. Ayam goreng.
  • Kicap manis dicampurkan dengan sedikit kuah sup dan bawang putih yang sedia dimesin dan digunakan untuk memerap ayam yang telah dimasak bersama sup tadi.
  • Goreng atas api kecil atau bakar dalam oven.
  • Apabila masak, barulah dipotong kecil.

4. Sambal cili.
  • Halia, serai, bawang putih, bawang besar,tomato dan cili merah dimesin halus.
  • Campurkan bahan berkenaan bersama sedikit gula, garam dan sedikit perahan limau kasturi atau limau nipis. Jika anda mahukan ia lebih pekat, boleh tambahkan sedikit sos cili.
5. Sambal kicap.
  • Kicap manis yang digunakan untuk memerap ayam tadi dicampurkan dengan bawang besar yang telah dimesin(bawang putih telah sedia ada semasa memerap ayam tadi) dan ditambah sedit perahan limau kasturi dan lada burung yang dipotong kecil(jika suka masam dan pedas).
6. Catatan:
  • Ada masanya anak2 juga suka makan nasi ayam ini dgn ayam goreng celup tepung.
  • Tambahlah timun, daun salad dan tomato sebagai ulam.
  • Ayam goreng tadi boleh juga diperap dengan sambal cili dan kicap terlebuh dahulu sebelum dimakan. Terpulanglah kepada selera masing2.

Friday, November 6, 2009

Nasi Himpit dan sambal kelapa

Cara penyediaan:
  1. Ikan kembung dibakar dan perisikan/buang tulang.
  2. Kelapa parut digoreng hingga kekuningan.
  3. Halia, serai,sedikit bawang putih, bawang besar, Gula Melaka, sedikit lada hitam dan garam ditumbuk lumat bersama semua bahan di atas.
  4. Gaul sebati semuanya dan sedia dimakan bersama nasi himpit.

Monday, October 19, 2009

Kuih Bungkus manis

Cara penyediaan:
  1. Ubi kayu diparut dan sejatkan airnya. Jika anda gunakan ubi kayu spesies berwarna kuning, tak perlu disejatkan kerana ia tak berair.
  2. Masakkan santan pekat bersama Gula Melaka, sedikit garam dan daun pandan.
  3. Gaulkan semua bahan bersama ubi hingga sebati dan bungkus sedikit dalam setiap daun pisang .
  4. Panaskan pengukus dan kukus hingga keluara asap dari sisi pengukus, menandakan kuih sudah masak.

Puding Roti

Bahan-bahan:

Beberapa keping roti-dicarikkan
susu cair (dibancuh dengan sedikit air)atau santan pekat lebih kurang secawan.
sebiji telur
sedikit gula dan garam
carrot dicincang halus
jagung manis dalam tin
kismis
buah ceri -dicincang

Caranya:
Gaulkan semua bahan. Pastikan roti betul-betul tenggelam dalam susu cair, barulah dikukus/bakar lebih kurang setengah jam. Sejukkan dulu, baru boleh dipotong.

Rojak buah

Jari emas / Kaki ayam

Cara penyediaan:
  1. Ubi keledek dikikis kulitnya dan dipotong memanjang.
  2. Tepung gandum 3 sudu besar, tepung beras 1 sudu besar (formula 3:1)dibancuh dengan sedikit air, secubit garam, sedikit serbuk kunyit, sesudu bijan dan sedikit kelapa parut (lebih kurang 3 sudu) .
  3. celupkan ubi ke dalam bancuhan tepung,goreng seperti biasa.

Chocolate Rice