Monday, April 6, 2009

Serunding Ikan / Fish Floss

Cara penyediaan:

Ikan dibersihkan dan direbus. Perisikan dan buang tulang utama sahaja. Tulang-tulang kecil akan hancur semasa direbus/dikacau bersama bahan lain. Anda juga boleh mesinkan ikan bersama bahan-bahan lain.
Bawang merah, bawang putih, cili kering, halia,serai, lengkuas dimesin.
Ketumbar ditumbuk supaya pecah dan digoreng bersama minyak sehingga menguning. Kemudian masukkan semua bahan di atas. Tambahkan santan, asam keping/asam jawa, gula Melaka/gula tebu, dan garam. Biarkan ia mendidih atas api kecil sehingga benar-benar empuk. Tambahkan hirisan daun kunyit dan limau purut (jika suka). Kacau sehingga semua hancur dan menjadi kering.

Serunding ayam / Chicken floss

Cara penyediaan:

Ayam dibersihkan dan dipotong kecil.
Bawang merah, bawang putih, cili kering, halia,serai, lengkuas dimesin. Boleh juga masukkan sekuntum bunga kantan sebagai ganti lengkuas.
Ketumbar ditumbuk supaya pecah dan digoreng bersama minyak sehingga menguning. Kemudian masukkan semua bahan di atas. Tambahkan santan,kerisek,asam keping/asam jawa, gula Melaka/gula tebu, dan garam. Biarkan ia mendidih atas api kecil sehingga benar-benar empuk. Tambahkan hirisan daun kunyit dan limau purut (jika suka). Kacau sehingga semua hancur dan menjadi kering.

  • Selain cara di atas, anda juga boleh merebus ayam terlebih dahulu dan dicarikkan supaya ia lebih cepat hancur.

Sunday, April 5, 2009

Pizza

Cara penyediaan:

Kulit Pizza
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar yis
sedikit serbuk penaik (baking powder)
air suam atau air sejuk
sedikit gula dan garam.
Semua bahan ini diadun sebati dan diperap selama lebih kurang 1 jam atau sehingga doh mengembang 2 kali ganda. Semasa ingin membuat bentuk tapak pizza, sapukan tangan dengan sedikit minyak masak supaya ia licin/tidak melekat. Anda juga boleh menambahkan sesudu minyak masak semasa mengadun doh pizza tadi (jika suka).
Apabila tapak pizza sudah dibentukkan, tekanlah tapak itu dengan garpu, tambahkan sos tomato/cili, mayonaise, cheese, dan inti pizza. Lapisan atas inti, taburlah sekali lagi dengan cheese, mayonaise dan sos. Kemudian dibakar lebih kurang selama 15 minit atau sehingga masak.
  • Jika sukar mendapatkan cheese yang anda yakin halal, gantikan dengan plain yogurt.
  • Anda juga boleh masukkan 2 sudu besar susu cair/yogurt dan sebiji telur ke dalam adunan kulit pizza (jika suka). Bahan di atas adalah bahan asasnya saja.
Inti Pizza
Tumiskan bawang putih, masukkan bahan-bahan berkenaan yang anda suka seperti ayam, lada benggala, bawang besar, nenas,cendawan, anak jagung, lada hitam dan sebagainya. Tambahkan sedikit gula dan garam. Tapi, jangan sampai ia empuk, memadai agar daging atau ayam masak. Bahan-bahan lain/sayur tak perlu masak, memadai digaulkan bersama setelah api ditutup.

Saturday, February 28, 2009

Pickled turmeric

Ingredients:
turmeric - sliced/cut into some portion

Method:
Mix it in vinegar. Add some sugar and salt.

Sambal durian

Cara penyediaan:
Durian segar, dibuang biji dan digaulkan bersama sedikit gula, garam dan cili. Terus dimakan bersama ulam-ulaman (bersama hidangan nasi ).

Kerang percik

Cara penyediaan Kerang:
Isi kerang diperap dengan sedikit halia, bawang putih dan sedikit garam. Kemudian direbus sekejap, dicucuk dengan lidi sate, barulah dibakar seperti biasa.

Cara penyediaan kuah:
bawang putih, bawang merah, lada hitam ditumbuk lumat. gaulkan ke dalam santan pekat. masukkan sedikit garam. Kacau atas api perlahan, sehingga kuah benar-benar pekat dan keluar minyak. Kemudian, kuah ini disapukan atas kerang yang sedang dibakar seperti membakar sate biasa.

Pansuh


Cara penyediaan:

Bunga kantan dan serai dihiris. Tepus (kalau suka...rasanya macam lengkuas) dipotong pendek2. Pucuk ubi kayu diramas (seperti memberus kain) sehingga keluar airnya. Semua bahan itu diperap bersama ayam, garam dan gula (sebagai ganti kepada MSG) selama beberapa jam.Kemudian, dimasukkan ke dalam buluh dan dibakar seperti membakar lemang. Jika ayam yang diperap itu terlalu kering, tambahkan sedikit air untuk memudahkannya masak, tapi jangan sampai ia nampak seperti berkuah kerana apabila ia masak, keaadaannya agak kering seperti dalam gambar.

Catatan:
Resepi di atas adalah resepi asal org dulu2..masa masuk hutan..mereka hanya bawa garam/gula utk memasak..Jika masak di rumah, saya akan tambah bawang putih yg diketuk terlebih dahulu.Jika nak tambah bawang merah pun boleh.Terpulang kpd selera masing2..Kadang2 saya juga akan masukkan bawang merah yg dihiris terlebih dahulu.Boleh dimasak dlm periuk tanah atau periuk biasa juga.Boleh lebihkan kuah macam masak sup juga..kalau nak lagi sedap, tambah sedikit minyak masak (bukan tumis ya) supaya pucuk ubi menjadi lembut.
Resepi ni saya buat bersama mertua semasa di Kelantan..sempena hari lahir suami.