Friday, March 19, 2010

Kuih Cek Mek Molek



Kuih cek mek ini ada 2 jenis iaitu yang dibuat dengan menggunakan ubi kayu dan ubi keledek.
Gambar di sebelah kiri adalah cek mek molek ubi kayu dan yang sebelah kanan diperbuat daripada keledek.

Cara penyediaan:

Ubi kayu/keledek dibersihkan dan direbus hingga empuk. Setelah itu, lenyek/tumbuk sehingga lumat dan gaulkan dengan sedikit tepung gandum.
Adun sebati. Buat bentuk bulat2 dan isikan gula sebagai inti. Kemudian, barulah digoreng.

Wednesday, March 3, 2010

Maman Jeruk



Cara penyediaan:
  1. Maman (panggilan org Kelantan, saya tak pasti apa nama sebenarnya) dipotong pendek/ambil daun dan batang yang lembut. cuci dan toskan.
  2. Masak nasi macam biasa, lebihkan airnya. Semasa nasi mendidih, ambil air didih dan sejukkan.
  3. Apabila dah sejuk, masukkan maman dan sedikit garam, sekeping asam gelugor dan cili api. Jeruk lebih kurang 2 hari barulah boleh dimakan bersama nasi.

Tuesday, March 2, 2010

Biskut Tembikai / Biskut Buah Naga


Bahan asas/anggaran kasar:

  1. Doh utama
150g gula kastor (1 cawan)
250g mentega (1 cawan)
sebiji kuning telur
sedikit susu pekat (sesudu besar)
300g tepung gandum (2 cawan atau lebih sikit)
sesudu kecil serbuk penaik (baking powder)

2. Bahan hiasan

sedikit pewarna merah, kuning dan hijau.
2-3 sudu bijan hitam.
sedikit telur putih.


Cara membuatnya:

Adun semua bahan 1. Bahagikan kepada 3 bahagian iaitu merah dan kuning untuk isi/inti, manakala hijau untuk kulit. Pastikan adunan hijau lebih banyak sebab untuk kegunaan 2 inti.
Buat bentuk bulat kecil(banyak) untuk setiap warna/doh. Doh merah/kuning dibungkus dengan doh hijau. gentel bulat2 sampai semua habis.sekarang nampak semua doh berwarna hijau sebab yang merah/kuning tersembunyi di dalam kulit (buat seperti gaya membuat karipap pusing).
Masukkan dalam peti sejuk beberapa minit supaya senang dipotong. Keluarkan dan potong sesuka hati seperti memotong buah tembikai. sapu dengan putih telur dan lekatkan bijan hitam. Bakar dalam oven pada suhu lebih kurang 160 C selama 20-25 minit.

Friday, February 26, 2010

Kari Labu

Cara penyediaan:
  1. Tumiskan bawang putih , bawang merah dan halia yang telah dihiris bersama kayu manis, bunga lawang,daun kari dan serbuk kari seperti biasa (masukkan sedikit udang kering jika suka). Tuangkan santan atau susu cair yang telah dibancuh dengan air.
  2. Masukkan labu, sayur fucuk(rendam terlebih dahulu),tomato yang dibelah 2 dan sedikit sayur hijau misalnya kacang panjang.
  3. Apabila bahan no.2 di atas hampir empuk, masukkan sedikit tauhu yang dipotong saiz sederhana. tambahkan gula dan garam seperti biasa.
  4. Tutup api, masukkan suhun. biar hingga ia kembang sendiri dalam kuah yg masih panas. Taburkan sedikit bawang goreng atas kuah.

Wednesday, February 17, 2010

Labu Sira (Pumpkin in syrup)

Caranya:
Rendamkan labu yg siap dipotong ke dalam air yg dibancuh dgn sedikit kapur sireh. Kemudian cuci dan masakkan bersama gula melaka lebih kurang 2 keping untuk sebiji labu saiz biasa, sedikit garam, daun pandan, bunga cengkih (kalau suka) dan santan. Jika tak mahu guna santan/susu cair, memadai gunakan air sahaja. Terpulang kepada selera masing2.

Saturday, January 30, 2010

Nasi Ayam

Cara penyediaan:
  1. Sup ayam
  • Masak sup seperti biasa iaitu pastikan ada rempah2 sup dan halia. Cuma pastikan ayam berkenaan adalah dalam potongan besar. Saya lebih suka menambahkan sedikit serbuk rempah kurma dan serbuk lada hitam setiap kali memasak sup untuk menambahkan kepekatan rasa kuah. Begitu juga dengan bawang goreng, saya lebih suka bawang yang digoreng sendiri (bawang putih dan merah), bukannya bawang goreng segera.
  • Jika anda suka, bolehlah ditambahkan kentang, carrot dan daun sup..
2. Nasi
  • Tumiskan (guna mentega/minyak sapi)bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis, halia, bawang putih dan bawang merah yang telah dimayang hingga kekuningan. Masukkan beras, sedikit pewarna kuning/serbuk kunyit dan kuah sup. Biarkan hingga mendidih dan hampir masak, masukkan daun sup dan kismis(jika suka).Biarkan hingga masak.
3. Ayam goreng.
  • Kicap manis dicampurkan dengan sedikit kuah sup dan bawang putih yang sedia dimesin dan digunakan untuk memerap ayam yang telah dimasak bersama sup tadi.
  • Goreng atas api kecil atau bakar dalam oven.
  • Apabila masak, barulah dipotong kecil.

4. Sambal cili.
  • Halia, serai, bawang putih, bawang besar,tomato dan cili merah dimesin halus.
  • Campurkan bahan berkenaan bersama sedikit gula, garam dan sedikit perahan limau kasturi atau limau nipis. Jika anda mahukan ia lebih pekat, boleh tambahkan sedikit sos cili.
5. Sambal kicap.
  • Kicap manis yang digunakan untuk memerap ayam tadi dicampurkan dengan bawang besar yang telah dimesin(bawang putih telah sedia ada semasa memerap ayam tadi) dan ditambah sedit perahan limau kasturi dan lada burung yang dipotong kecil(jika suka masam dan pedas).
6. Catatan:
  • Ada masanya anak2 juga suka makan nasi ayam ini dgn ayam goreng celup tepung.
  • Tambahlah timun, daun salad dan tomato sebagai ulam.
  • Ayam goreng tadi boleh juga diperap dengan sambal cili dan kicap terlebuh dahulu sebelum dimakan. Terpulanglah kepada selera masing2.