Penyediaan:
Cara 1:
Sediakan segenggam lada burung, hirisan tomato, hirisan bawang putih,bawang India dan sebuku belacan..goreng kesemua bahan.toskan dan tumbuk dalam lesung batu.tambah gula dan garam.
Cara 2 :
A. Sediakan segenggam lada burung.(kalau tak cukup lada burung,tambah beberapa tangkai cili kering seperti contoh sambal dalam gambar adalah campuran cili kering dan lada burung) tambah gula dan garam.asingkan dulu bahan ini.,
B.Sediakan hirisan tomato, hirisan bawang
putih,bawang India ..
tumbuk dalam lesung batu.
Tumiskan belacan hingga berubah warna. masukkan bahan A. Apabila sambal keperangan, tambah bahan C .Biarkan hingga keluar minyak dan. .tambah sedikit air.biar hingga mendidih dan hampir kering/keluar minyak.tutup api.hidang bersama Nasi Ayam Penyet.
Wednesday, September 13, 2017
Thursday, August 25, 2016
Jeruk Asam Boi special
Bahan :
Jambu batu/kedondong/Mangga/apa saja yang sesuai.-potong dan buang biji. basuh/rendam dalam air sejuk/ais selama 2 minit dan toskan.
Gaul dengan pelbagai jenis asam boi mislnya kulit limau,asam bidara dll ..kesemua asam tersebut dihiris nipis.tambah sedikit cili/lada burung yg dihiris,sedikit gula dan sedikit garam(tak perlu tambah garam kalau asam boi jenis masin). Simpan dalam peti sejuk lebih kurang 1 jam baru makan..
Tuesday, January 28, 2014
Kerabu Perut
Bahan2/Cara memasak:
Beras digoreng tanpa minyak dan ditumbuk/dikisar halus.
Kerisek
2 ulas bawang putih,2 ulas bawang merah dan sedikit belacan dibakar.dan ditumbuk lumat.
bawang besar,tomato,daun kesum,daun kadok, cili merah/lada burung dihiris.
sedikit cuka makan,asam limau nipis,gula dan garam.
perut lembu yang sudah direbus dan dihiris halus.
Gaulkan kesemua bahan di atas.

Friday, January 24, 2014
Puding Rumpai Laut
Bersihkan rumpai laut,rebus seperti membuat jusnya.tapi lebih pekat berbanding membuat jus iaitu rumpai dimasukkan lebih banyak ke dalam air berbanding jumlah utk membuat jus.campurkan pandan dan gula semasa merebus. Apabila rumpai sudah hancur,asingkan ke dalam beberapa periuk kecil,masukkan susu cair dan perasa mengikut kesukaan misalnya perasa yam,sirap ros,air tapisan pandan dan sebagainya.Masakkan hingga mendidih utk pastikan susu dalam jus tadi masak.Sejukkan.boleh dimakan bersama jus rumpai.
Thursday, January 23, 2014
Jus rumpai laut
Cara penyediaan:
Basuh rumpai laut(sare-dalam Bahasa Kelantan) dan rendam beberapa jam.Rebus bersama daun pandan hingga rumpai laut sudah hancur dan nampak seperti agar-agar cair, masukkan gula dan sirap ros.kacau hingga sebati..sejukkan..boleh simpan dalam peti sejuk..sesuai dimunim bila2 masa.

Subscribe to:
Posts (Atom)