Wednesday, July 29, 2009

Kuih apam bakar


Perisikan tapai ubi dan hancurkan dengan sudip.Masukkan tepung beras,sedikit serbuk lada hitam dan sedikit air.Kacau sebati dan biar semalaman atau antara 5-6 jam sehingga nampak adunan mengembang dan menjadi ringan apabila dikacau.Sapukan kuali dengan minyak,panaskan dan masukkan sesenduk adunan ke dalamnya, ratakan seperti membuat lempeng dan tutup dengan tudung periuk. Balikkan ia dan angkat apabila masak.Ulang proses ini hingga semua adunan habis dimasak.Apabila selesai dimasak, makan dengan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam terlebih dahulu.Tak perlu ditambah gula kerana tapai telah sedia manis.

Tapai goreng.



Bancuh/ adun sebati sedikit tepung gandum dan tepung beras,bijan, serbuk kunyit, kelapa parut, garam,air. Gaul sebati dan celupkan tapai ubi ke dalam bancuhan tepung. Goreng seperti biasa.

Cekodok Tapai.



Perisikan tapai ubi dan hancurkan dengan sudip.Masukkan tepung gandum,sebiji telur,sedikit garam dan air. Biarkan beberapa jam baru digoreng.Jika anda tak mahu tunggu lama untuk menggorengnya, masukkan sedikit baking powder dalam adunan.

Tapai ubi kayu


Ubi kayu dipotong,dibuang kulit dan dibersihkan.Masakkan ia tetapi jangan sampai empuk iaitu biar hanya lebih separuh masak.Sejukkan atas dulang. Ambil 1-2 biji ragi manis dan hancurkan atas penapis teh.Ayakkan ragi ke atas ubi dan gaulkan hingga sebati.Kemudian simpan dalam bekas bertutup.Sebaik-baiknya gunakan bekas lutsinar supaya senang nampak apabila tapai masak. Biarkan 1-2 hari sehingga nampak ada air keluar dari ubi tersebut, menandakan tapai telah menjadi.Boleh dimakan terus atau disimpan dalam peti sejuk terlebih dahulu atau boleh dibuat pelbagai jenis kuih daripada tapai tersebut.Sesuai juga dimakan dengan ABC.

Ini adalah ubi yang telah menjadi tapai, terdiri daripada 2 jenis iaitu ubi berwarna kuning dan putih.

Tapai pulut


Masakkan 1 kg beras pulut seperti memasak nasi. Sejukkan atas dulang. Ambil 1-2 biji ragi manis dan hancurkan atas penapis teh.Ayakkan ragi ke atas pulut dan gaulkan hingga sebati.Kemudian bungkus dalam daun pisang atau daun getah.Biarkan 1-2 hari sehingga nampak ada air keluar dari daun tersebut, menandakan tapai telah menjadi. Boleh dimakan terus atau disimpan dalam peti sejuk terlebih dahulu. Sesuai juga dimakan dengan ABC.

Ini adalah ragi dan pulut yang baru siap dibungkus.

Tapai yang siap, sedia dimakan.