Sunday, November 30, 2008

Kerabu kulit ubi kayu

Bahan-bahan:

Kulit ubi kayu dibuang kulit arinya, dibersihkan dan dipotong halus-halus, dicelur dan direbus hingga empuk bersama pucuk ubi kayu(dihiris).-apabila dah masak,bilas dan perah airnya terlebih dahulu sebelum dicampur dgn bahan2 lain.
Bawang putih 2 ulas
Bawang merah beberapa ulas
Halia ½ inci
Kelapa parut 250g- digoreng tanpa minyak/ buat kerisek
Ikan kembung –seekor, dibakar/direbus dan dibuang tulang
sedikit gula
Lada burung / cili api beberapa biji - dihiris
Garam
Santan pekat –1 cawan
Serbuk lada hitam – ½ sudu teh.

Cara penyediaan
Bawang putih, bawang merah(dan sedikit bawang goreng-jika suka), halia, dan isi ikan ditumbuk lumat.Gaulkan bersama dengan kulit dan pucuk ubi kayu yang sudah empuk tadi. Masukkan kerisek, serbuk lada hitam,santan pekat . Tambahkan garam dan sedikit gula. Gaul sehingga sebati dan masak atas api kecil hingga kuah menjadi pekat/kulit ubi kayu telah benar2 empuk. Boleh taburkan cili padi yang dihiris ke atas kerabu semasa menghidang (jika suka).

Catatan: Boleh jg celur dulu kulit ubi, baru hiris-lebih senang sb lebih lembut.

Lempeng ubi kayu(Tapioca pancake)

Buang kulit dan bersihkan ubi kayu. Parut.Perapkan sekejap bersama sedikit halia, bawang putih, gula dan garam.Bakar tanpa minyak seperti membuat lempeng biasa.

Saturday, September 20, 2008

Laksa penang dan sambal belacan

Untuk resepi, sila klik di sini.

Durian belanda masak lemak

Bahan-bahan:
Durian belanda putik, bawang putih/merah, halia, cili, lada hitam, udang kering, santan dan garam.

Sunday, September 7, 2008

Sambal belacan

Bahan-bahannya:
cili dan sedikit bawang putih (dimesin)
tomato,nenas, bawang besar (dihiris)
cuka atau air perahan limau nipis / limau kasturi
sedikit gula dan garam
belacan -dibakar atau tidak, terpulang kepada selera masing-masing.

Friday, September 5, 2008

Sambal lada kelantan



Bahan-Bahan:
Cili padi, cuka, garam, gula, bawang putih.

jering rebus

Beginilah caranya orang Kelantan makan jering rebus, iaitu dimakan bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit gula dan garam terlebih dahulu.