Saturday, February 28, 2009

Cekodok durian

Cara penyediaan:
Durian segar dibuang biji, digaul bersama sedikit tepung gandum, baking powder, gula dan garam.Perap beberapa jam baru digoreng.

Pulut durian

Cara penyediaan:
  1. Pulut: Beras pulut dibersihkan dan ditanak seperti biasa.
  2. Santan:Kelapa parut dicampur dengan air suam, diperah untuk dapatkan santan. Santan ini tak perlu lagi dimasak. Tambah secubit garam.
Cara makan:
Pulut digaul bersama durian, gula Melaka/gula biasa, dan santan.

Bubur kacang hijau dan durian (Durian porridge)

Cara penyediaan:
Kacang hijau direndam beberapa jam. Kemudian direbus bersama sedikit air, sesudu minyak masak (bagi memudahkannya empuk),daun pandan dan beberapa ulas durian segar.
Apabila hampir empuk, masukkan beberapa cawan santan pekat dan biji sagu, gula Melaka/gula biasa dan secubit garam. Kacau hingga pekat.

Cucur ubi kayu

Cara penyediaan:
Ubi kayu direbus terlebih dahulu, ditumbuk dan dicampur dengan sedikit gula dan kelapa muda.
dalam masa yang sama, bancuhkan 3 sudu tepung gandum, 1 sudu tepung beras, serbuk kunyit, sedikit air dan sedikit garam. Ubi kayu dibentukkan bulat-bulat dan dicelup ke dalam bancuhan tadi sebelum digoreng.

Kuih koleh ubi yam


Cara penyediaan:
Ubi yam (banyak orang Kelantan menggelarnya sebagai ubi badak merah/walaupun sebenarnya warnanya purple) dibuang kulit, bersihkan dan dipotong kecil. Rebus dengan sedikit air sehingga empuk dan kacau sehingga hancur.
Masukkan 3 cawan santan pekat (yang dibancuh dengan 2 senduk tepung beras terlebih dahulu-ini bagi menjadikan kuih pekat dan senang dipotong), 2 senduk gula dan sedikit garam. Kacau atas api perlahan sehingga kuih menjadi likat, tuang atas dulang. Apabila telah sejuk, barulah dipotong.

Sunday, November 30, 2008

Kerabu kulit ubi kayu

Bahan-bahan:

Kulit ubi kayu dibuang kulit arinya, dibersihkan dan dipotong halus-halus, dicelur dan direbus hingga empuk bersama pucuk ubi kayu(dihiris).-apabila dah masak,bilas dan perah airnya terlebih dahulu sebelum dicampur dgn bahan2 lain.
Bawang putih 2 ulas
Bawang merah beberapa ulas
Halia ½ inci
Kelapa parut 250g- digoreng tanpa minyak/ buat kerisek
Ikan kembung –seekor, dibakar/direbus dan dibuang tulang
sedikit gula
Lada burung / cili api beberapa biji - dihiris
Garam
Santan pekat –1 cawan
Serbuk lada hitam – ½ sudu teh.

Cara penyediaan
Bawang putih, bawang merah(dan sedikit bawang goreng-jika suka), halia, dan isi ikan ditumbuk lumat.Gaulkan bersama dengan kulit dan pucuk ubi kayu yang sudah empuk tadi. Masukkan kerisek, serbuk lada hitam,santan pekat . Tambahkan garam dan sedikit gula. Gaul sehingga sebati dan masak atas api kecil hingga kuah menjadi pekat/kulit ubi kayu telah benar2 empuk. Boleh taburkan cili padi yang dihiris ke atas kerabu semasa menghidang (jika suka).

Catatan: Boleh jg celur dulu kulit ubi, baru hiris-lebih senang sb lebih lembut.

Lempeng ubi kayu(Tapioca pancake)

Buang kulit dan bersihkan ubi kayu. Parut.Perapkan sekejap bersama sedikit halia, bawang putih, gula dan garam.Bakar tanpa minyak seperti membuat lempeng biasa.