Tuesday, March 23, 2010

Ayam Rebus bersama kunyit

Cara penyediaan:
Ayam dipotong kecil (pilih bahagian isi)
perapkan ayam bersama bawang putih, kunyit segar,halia,serai,dan sedikit garam selama beberapa jam.
Rebus dengan sedikit air dan daun kunyit serta daun limau purut yg dihiris terlebih dahulu.
Jika inginkan pedas, hiris sedikit cili api atau tabur sedikit serbuk lada hitam.

Puding Laici

Cara penyediaan:
  1. Masakkan agar2 bersama air sehingga agar2 menjadi hancur. tambahkan sedikit gula sahaja(air laici memang dah manis),susu cair dan sedikit sirap ros.
  2. Tutup api.tuangkan agar2 ke dalam bekas dan tabur laici.
  3. Apabila agar2 telah separuh keras/beku, taburkan baki laici atas agar2 tadi.
  4. Apabila agar2 telah betul2 beku,tuangkan air laici atas agar2.
  5. Simpan dalam peti sejuk/sedia dimakan.
Catatan:
Keadaan agar2 ini tidaklah terlalu keras.agak2 seperti membuat dadih. semasa nak makan, mesti dicedok dgn sudu/senduk kerana ia agak lembut.



Sayur campur dan bilis goreng

Friday, March 19, 2010

Kuih Cek Mek Molek



Kuih cek mek ini ada 2 jenis iaitu yang dibuat dengan menggunakan ubi kayu dan ubi keledek.
Gambar di sebelah kiri adalah cek mek molek ubi kayu dan yang sebelah kanan diperbuat daripada keledek.

Cara penyediaan:

Ubi kayu/keledek dibersihkan dan direbus hingga empuk. Setelah itu, lenyek/tumbuk sehingga lumat dan gaulkan dengan sedikit tepung gandum.
Adun sebati. Buat bentuk bulat2 dan isikan gula sebagai inti. Kemudian, barulah digoreng.

Wednesday, March 3, 2010

Maman Jeruk



Cara penyediaan:
  1. Maman (panggilan org Kelantan, saya tak pasti apa nama sebenarnya) dipotong pendek/ambil daun dan batang yang lembut. cuci dan toskan.
  2. Masak nasi macam biasa, lebihkan airnya. Semasa nasi mendidih, ambil air didih dan sejukkan.
  3. Apabila dah sejuk, masukkan maman dan sedikit garam, sekeping asam gelugor dan cili api. Jeruk lebih kurang 2 hari barulah boleh dimakan bersama nasi.

Tuesday, March 2, 2010

Biskut Tembikai / Biskut Buah Naga


Bahan asas/anggaran kasar:

  1. Doh utama
150g gula kastor (1 cawan)
250g mentega (1 cawan)
sebiji kuning telur
sedikit susu pekat (sesudu besar)
300g tepung gandum (2 cawan atau lebih sikit)
sesudu kecil serbuk penaik (baking powder)

2. Bahan hiasan

sedikit pewarna merah, kuning dan hijau.
2-3 sudu bijan hitam.
sedikit telur putih.


Cara membuatnya:

Adun semua bahan 1. Bahagikan kepada 3 bahagian iaitu merah dan kuning untuk isi/inti, manakala hijau untuk kulit. Pastikan adunan hijau lebih banyak sebab untuk kegunaan 2 inti.
Buat bentuk bulat kecil(banyak) untuk setiap warna/doh. Doh merah/kuning dibungkus dengan doh hijau. gentel bulat2 sampai semua habis.sekarang nampak semua doh berwarna hijau sebab yang merah/kuning tersembunyi di dalam kulit (buat seperti gaya membuat karipap pusing).
Masukkan dalam peti sejuk beberapa minit supaya senang dipotong. Keluarkan dan potong sesuka hati seperti memotong buah tembikai. sapu dengan putih telur dan lekatkan bijan hitam. Bakar dalam oven pada suhu lebih kurang 160 C selama 20-25 minit.