Thursday, January 23, 2014

Sambal Haji


Saya namakan sambal ini dengan nama istimewa ini sebagai membantu saudara2 yang mungkin kurang berselera makan semasa berada di Tanah Suci.Dalam keadaan kurang peralatan (misalnya lesung batu) dan kesusahan mendapat bahan mentah,ini saja yang termampu saya buat/kongsikan.

Bahan-bahan:

Tomato-2 biji
lada hijau(kalau ada yang merah lagi cantik,boleh campur)
limau nipis(sebagai menggantikan cuka)
bawang besar 2 labu,bawang putih 2 ulas,sedikit gula dan garam.

Cara penyediaan:

Hiriskan lada hijau dan bawang besar.Selepas hiris,masukkan dalam plastik bersih bersama bawang putih yang telah dikupas kulit dan tumbuklah menggunakan gelas(saya guna gelas yg TH bagi),tak perlu lumat,sekadar bahan tersebut pecah2..masukkan bahan tadi ke dalam bekas dan tambahlah bersama tomato yang telah dihiris,sedikit gula dan garam,juga air perahan limau nipis.Sebahagian daripada limau nipis tersebut,dihiris nipis dan digaul bersama sambal. Simpan dalam peti sejuk yang ada dalam bilik hotel...

No comments: