Tuesday, January 28, 2014

Ikan masak asam pedas




Kerabu Ikan


Kerabu Perut

Bahan2/Cara memasak:

Beras digoreng tanpa minyak dan ditumbuk/dikisar halus.
Kerisek
2 ulas bawang putih,2 ulas bawang merah dan sedikit belacan dibakar.dan ditumbuk lumat.
bawang besar,tomato,daun kesum,daun kadok, cili merah/lada burung dihiris.
sedikit cuka makan,asam limau nipis,gula dan garam.
perut lembu yang sudah direbus dan dihiris halus.
Gaulkan kesemua bahan di atas.


Friday, January 24, 2014

Puding Rumpai Laut





Cara Penyediaan:
Bersihkan rumpai laut,rebus seperti membuat jusnya.tapi lebih pekat berbanding membuat jus iaitu rumpai dimasukkan lebih banyak ke dalam air berbanding jumlah utk membuat jus.campurkan pandan dan gula semasa merebus. Apabila rumpai sudah hancur,asingkan ke dalam beberapa periuk kecil,masukkan susu cair dan perasa mengikut kesukaan misalnya perasa yam,sirap ros,air tapisan pandan dan sebagainya.Masakkan hingga mendidih utk pastikan susu dalam jus tadi masak.Sejukkan.boleh dimakan bersama jus rumpai.

Thursday, January 23, 2014

Jus rumpai laut

Cara penyediaan:

Basuh rumpai laut(sare-dalam Bahasa Kelantan) dan rendam beberapa jam.Rebus bersama daun pandan hingga rumpai laut sudah hancur dan nampak seperti agar-agar cair, masukkan gula dan sirap ros.kacau hingga sebati..sejukkan..boleh simpan dalam peti sejuk..sesuai dimunim bila2 masa.

Labu goreng

Cara penyediaan:

Buang kulit labu,potong nipis dan bersihkan. Rendam dalam air kapur lebih kurang 1 jam.
Sediakan tepung gandum 3 sudu, tepung beras 1 sudu, beberapa titik cuka makan,sedikit baking powder, bijan, kelapa parut dan sedikit garam.bancuh dengan air.gaulkan labu ke dalamnya.
Goreng seperti biasa

Sambal Haji


Saya namakan sambal ini dengan nama istimewa ini sebagai membantu saudara2 yang mungkin kurang berselera makan semasa berada di Tanah Suci.Dalam keadaan kurang peralatan (misalnya lesung batu) dan kesusahan mendapat bahan mentah,ini saja yang termampu saya buat/kongsikan.

Bahan-bahan:

Tomato-2 biji
lada hijau(kalau ada yang merah lagi cantik,boleh campur)
limau nipis(sebagai menggantikan cuka)
bawang besar 2 labu,bawang putih 2 ulas,sedikit gula dan garam.

Cara penyediaan:

Hiriskan lada hijau dan bawang besar.Selepas hiris,masukkan dalam plastik bersih bersama bawang putih yang telah dikupas kulit dan tumbuklah menggunakan gelas(saya guna gelas yg TH bagi),tak perlu lumat,sekadar bahan tersebut pecah2..masukkan bahan tadi ke dalam bekas dan tambahlah bersama tomato yang telah dihiris,sedikit gula dan garam,juga air perahan limau nipis.Sebahagian daripada limau nipis tersebut,dihiris nipis dan digaul bersama sambal. Simpan dalam peti sejuk yang ada dalam bilik hotel...