Wednesday, May 27, 2009

Resepi roti

Prakata/Salam,

Saya suka eksperimen memasak. Sekarang saya tengah eksperimen buat roti. Apabila saya search dalam internet, antara bahan asas yang perlu ada untuk membuat roti seperti Bread maker, bread improver, bread softener dan tepung roti/tepung berprotin tinggi. Apabila saya tinjau di pasar raya sekitar tempat saya tinggal, tak jumpa pula bahan-bahan tersebut. Disebabkan azam yang tinggi untuk mengurangkan memberi anak-anak/keluarga makan benda yang kita tak tahu hujung pangkalnya (di tempat saya tinggal ni, tak ada satupun kedai roti yang ada tanda halal, apatah lagi tanda halal JAKIM dan kalau kita search dalam macam-macam laman web/blog, rasa -rasanya kalau tak terdesak, tak beli/makan roti pun tak apa ), maka saya mencipta resepi roti. Alhamdulillah...eksperimen kali ke-3, barulah roti saya benar-benar menjadi. Alhamdulillah, ia sangat lembut,walaupun menggunakan bahan asas yang sangat mudah. Saya nak sangat kongsi resepi ini mungkin ada di kalangan kita yang berfikir seperti saya. Walaupun tak sehebat roti di kedai, IsyaAllah kita rasa bahagia kerana yakin benda yang kita suapkan kepada keluarga kita adalah halal. Untuk resepi roti lain, sila klik label bread di sini atau di sebelah kanan blog. Wassalam.

Bahan asas untuk membuat roti:

Setengah kg tepung gandum biasa
2 sudu besar yis (anggaran)
setengah sudu teh baking powder
air suam secukupnya untuk menguli doh
1 sudu besar minyak/lemak sayur
2 sudu besar gula (ikut suka)
1 sudu besar marjerin
sedikit susu cair (pilihan)
sebiji telur (pilihan)

Cara penyediaan:
Masukkan yis, baking powder,minyak/lemak sayur,gula dan susu cair ke dalam air suam.Tambahkan telur dan tepung gandum. Adun sehingga doh tidak melekit di tangan. Perap di dalam bekas kedap udara atau masukkan dalam beg plastik besar dan ikat ketat, selama lebih kurang setengah jam atau sehingga doh mengembang 2 kali ganda.
Sekarang, barulah ditambahkan marjerin dan bentuklah sesuka hati. Susun atas dulang pembakar yang telah disapu marjerin terlebih dahulu dan tutup dengan beg plastik (atau terus letak dalam oven tapi jangan on suisnya) sehingga doh mengembang 2 kali ganda, sapukan dengan telur, barulah dibakar dengan menggunakan api atas dan bawah, suhu lebih kurang 170-180 selama 10-15 minit. Apabila masak, sapukan sekali lagi bahagian atas roti dengan marjerin dan simpanlah dalam bekas kedap udara untuk menjadikannya kekal lembut w/pun dah sejuk.

No comments: