Monday, April 6, 2009

Serunding Ikan / Fish Floss

Cara penyediaan:

Ikan dibersihkan dan direbus. Perisikan dan buang tulang utama sahaja. Tulang-tulang kecil akan hancur semasa direbus/dikacau bersama bahan lain. Anda juga boleh mesinkan ikan bersama bahan-bahan lain.
Bawang merah, bawang putih, cili kering, halia,serai, lengkuas dimesin.
Ketumbar ditumbuk supaya pecah dan digoreng bersama minyak sehingga menguning. Kemudian masukkan semua bahan di atas. Tambahkan santan, asam keping/asam jawa, gula Melaka/gula tebu, dan garam. Biarkan ia mendidih atas api kecil sehingga benar-benar empuk. Tambahkan hirisan daun kunyit dan limau purut (jika suka). Kacau sehingga semua hancur dan menjadi kering.

Serunding ayam / Chicken floss

Cara penyediaan:

Ayam dibersihkan dan dipotong kecil.
Bawang merah, bawang putih, cili kering, halia,serai, lengkuas dimesin. Boleh juga masukkan sekuntum bunga kantan sebagai ganti lengkuas.
Ketumbar ditumbuk supaya pecah dan digoreng bersama minyak sehingga menguning. Kemudian masukkan semua bahan di atas. Tambahkan santan,kerisek,asam keping/asam jawa, gula Melaka/gula tebu, dan garam. Biarkan ia mendidih atas api kecil sehingga benar-benar empuk. Tambahkan hirisan daun kunyit dan limau purut (jika suka). Kacau sehingga semua hancur dan menjadi kering.

  • Selain cara di atas, anda juga boleh merebus ayam terlebih dahulu dan dicarikkan supaya ia lebih cepat hancur.

Sunday, April 5, 2009

Pizza

Cara penyediaan:

Kulit Pizza
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar yis
sedikit serbuk penaik (baking powder)
air suam atau air sejuk
sedikit gula dan garam.
Semua bahan ini diadun sebati dan diperap selama lebih kurang 1 jam atau sehingga doh mengembang 2 kali ganda. Semasa ingin membuat bentuk tapak pizza, sapukan tangan dengan sedikit minyak masak supaya ia licin/tidak melekat. Anda juga boleh menambahkan sesudu minyak masak semasa mengadun doh pizza tadi (jika suka).
Apabila tapak pizza sudah dibentukkan, tekanlah tapak itu dengan garpu, tambahkan sos tomato/cili, mayonaise, cheese, dan inti pizza. Lapisan atas inti, taburlah sekali lagi dengan cheese, mayonaise dan sos. Kemudian dibakar lebih kurang selama 15 minit atau sehingga masak.
  • Jika sukar mendapatkan cheese yang anda yakin halal, gantikan dengan plain yogurt.
  • Anda juga boleh masukkan 2 sudu besar susu cair/yogurt dan sebiji telur ke dalam adunan kulit pizza (jika suka). Bahan di atas adalah bahan asasnya saja.
Inti Pizza
Tumiskan bawang putih, masukkan bahan-bahan berkenaan yang anda suka seperti ayam, lada benggala, bawang besar, nenas,cendawan, anak jagung, lada hitam dan sebagainya. Tambahkan sedikit gula dan garam. Tapi, jangan sampai ia empuk, memadai agar daging atau ayam masak. Bahan-bahan lain/sayur tak perlu masak, memadai digaulkan bersama setelah api ditutup.