- Sup ayam
- Masak sup seperti biasa iaitu pastikan ada rempah2 sup dan halia. Cuma pastikan ayam berkenaan adalah dalam potongan besar. Saya lebih suka menambahkan sedikit serbuk rempah kurma dan serbuk lada hitam setiap kali memasak sup untuk menambahkan kepekatan rasa kuah. Begitu juga dengan bawang goreng, saya lebih suka bawang yang digoreng sendiri (bawang putih dan merah), bukannya bawang goreng segera.
- Jika anda suka, bolehlah ditambahkan kentang, carrot dan daun sup..
- Tumiskan (guna mentega/minyak sapi)bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis, halia, bawang putih dan bawang merah yang telah dimayang hingga kekuningan. Masukkan beras, sedikit pewarna kuning/serbuk kunyit dan kuah sup. Biarkan hingga mendidih dan hampir masak, masukkan daun sup dan kismis(jika suka).Biarkan hingga masak.
- Kicap manis dicampurkan dengan sedikit kuah sup dan bawang putih yang sedia dimesin dan digunakan untuk memerap ayam yang telah dimasak bersama sup tadi.
- Goreng atas api kecil atau bakar dalam oven.
- Apabila masak, barulah dipotong kecil.
4. Sambal cili.
- Halia, serai, bawang putih, bawang besar,tomato dan cili merah dimesin halus.
- Campurkan bahan berkenaan bersama sedikit gula, garam dan sedikit perahan limau kasturi atau limau nipis. Jika anda mahukan ia lebih pekat, boleh tambahkan sedikit sos cili.
- Kicap manis yang digunakan untuk memerap ayam tadi dicampurkan dengan bawang besar yang telah dimesin(bawang putih telah sedia ada semasa memerap ayam tadi) dan ditambah sedit perahan limau kasturi dan lada burung yang dipotong kecil(jika suka masam dan pedas).
- Ada masanya anak2 juga suka makan nasi ayam ini dgn ayam goreng celup tepung.
- Tambahlah timun, daun salad dan tomato sebagai ulam.
- Ayam goreng tadi boleh juga diperap dengan sambal cili dan kicap terlebuh dahulu sebelum dimakan. Terpulanglah kepada selera masing2.