- Bersihkan sotong-buang segala isi perut yang hitam atau pasir yang ada di dalamnya. Kikis kulitnya (jika suka). Asingkan kepala sotong dan telur jika ada.
- Sementara itu bersihkan secawan beras pulut dan rendam sekejap bersama sedikit santan.
- Sejatkan beras pulut dan sumbatkannya ke dalam sotong. Jangan sampai penuh bila isikan pulut, biar separuh atau 1/3 saja. (Kalau tak sotong akan pecah bila pulut yang dimasak nanti mengembang).
- Masukkan kepala sotong dan cucuk dengan lidi.
- Masukkan sotong ke dalam santan bersama daun pandan, sebatang serai yang diketuk, gula melaka dan secubit garam.Kalau nak lebih manis, tambahkan beberapa sudu gula.(Ada juga yang masukkan sedikit halia dan bunga cengkih-terpulanglah kepada selera masing2)
- Rebus sehingga kuah menjadi pekat dan sotong telah mengembang menandakan pulut yang di dalam badan sotong telah empuk. Pastikan api sederhana kecil.
Tuesday, August 24, 2010
Ketupat Sotong
Bubur Pedas Sarawak
Bwg merah
bwg putih
sedikit halia
2 batang serai
Kulat/tauhu kering - Rendam dulu, baru dihiris halus-halus
Soo hoon
Daun kunyit
daun ‘singkil’/buas
Sayur kcg panjang
Baby corn (anak jagung)
Kobis
lobak merah
bunga kobis
tomato atau apa saja jenis sayur kegemaran.
2 sudu makan serbuk kari
3 sudu makan serbuk mumbu bubur pedas - Campurkan keduanya kemudian bancuh dengan sedikit air
- Santan (1 biji kelapa)
- rempah tumis
Ayam/daging lembu /udang atau apa saja jenis lauk yang sesuai.
Cara penyediaan:
1. Tumis bwg/serai/halia yang telah ditumbuk sehingga naik baunya
2. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air/santan dan tumis bersama pes cili kering(jika inginkan rasa yang lebih pedas) bersama serbuk mumbu sehingga kekuningan.
3. Masukkan santan, kacau rata sehingga mendidih.
4. Selepas tu, masukkan bahan yang telah dihiris, satu persatu, dimulai dgn bahan yang susah empuk hingga yang paling senang empuk.
5. Akhir sekali, masukkan soo hoon..kacau, tutup api..
6. Tambahkan sedikit garam dan gula.
tomato atau apa saja jenis sayur kegemaran.
2 sudu makan serbuk kari
3 sudu makan serbuk mumbu bubur pedas - Campurkan keduanya kemudian bancuh dengan sedikit air
- Santan (1 biji kelapa)
- rempah tumis
Ayam/daging lembu /udang atau apa saja jenis lauk yang sesuai.
Cara penyediaan:
1. Tumis bwg/serai/halia yang telah ditumbuk sehingga naik baunya
2. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air/santan dan tumis bersama pes cili kering(jika inginkan rasa yang lebih pedas) bersama serbuk mumbu sehingga kekuningan.
3. Masukkan santan, kacau rata sehingga mendidih.
4. Selepas tu, masukkan bahan yang telah dihiris, satu persatu, dimulai dgn bahan yang susah empuk hingga yang paling senang empuk.
5. Akhir sekali, masukkan soo hoon..kacau, tutup api..
6. Tambahkan sedikit garam dan gula.
Saturday, July 31, 2010
Kuih Bebola Ubi Kayu
Cara penyediaan:
Rebus ubi kayu hingga empuk. tumbuk sampai lumat. masukkan sedikit bawang putih, gula, garam dan udang kering. gaulkan bersama sedikit tepung gandum. gentel bulat2. goreng atas api kecil. gaulkan bersama gula halus jika suka.kalau tak, boleh dimakan begitu saja atau dicicah dengan sos pencicah.
Wednesday, July 14, 2010
Wednesday, June 23, 2010
Sunday, May 2, 2010
Tuesday, April 27, 2010
Nasi goreng ikan
Pizza
Inti pizza:
- Bawang putih ditumis bersama sedikit serbuk lada hitam
- masukkan ayam,sotong, carrot,sosej, bunga kobis, tomato, bawang besar dan lain2 sayuran sehingga separuh masak. cendawan hanya digaul bersama inti selepas api ditutup.
- gunakan sos cili dan keju sebagai hiasan bahagian atas pizza.
Friday, April 9, 2010
Kuih Jelbab/ Bungkus Keledek

Santan-4 cawan
tepung beras-1 senduk besar
ubi keledek-4 biji
garam-1 sudu teh
gula- 1 senduk.
Cara penyediaan:
- Keledek dibersihkan, dikikis kulitnya dan dipotong memanjang. Bersihkan sekali lagi dan toskan.
- Sediakan santan. sedikit tepung beras,gula dan sedikit garam (jika suka, boleh jg tambah sedikit kapur sireh/secubit sahaja yg dibancuh dgn sedikit air). kacau sebati semua bahan bersama keledek tadi dan kacau atas api kecil sehingga adunan kuih menjadi pekat.
- Tutup api, dan angkat adunan kuih,barulah boleh dibungkus dalam daun pisang.
- semasa membungkus kuih, anda bolehlah panaskan air dalam pengukus.
- Apabila air mendidih, kuih yang siap dibungkus sedia dikukus.
- Kukus sehingga masak lebih kurang 5-10 minit atau sehingga keluar asap dari sisi penutup pengukus.
Kuih Poli Ubi kayu
- Bersihkan ubi kayu (gunakan spesies berwarna kuning) dan toskan.
- Parutkan ubi. kacau atas api kecil hingga masak. sejukkan dalam dulang hingga boleh dipotong.
- Sementara itu, masakkan sedikit gula melaka bersama sedikit air.
- Ubi yang telah dipotong, digaulkan bersama kelapa parut.
- Sedia dimakan bersama kuah gula melaka tadi.
Kuih Tepung Bokor Ubi kayu
- Ubi kayu dibuang kulitnya, dibersihkan dan disejat. (saya guna ubi spesies kuning)
- Parutkan ubi dan masak atas api kecil, seterusnya dituangkan dalam bekas supaya sejuk .
- Sementara itu, sediakan santan pekat yang dicampurkan sedikit tepung beras,sedikit kapur sireh bersama beberapa sudu gula dan secubit garam.kacau atas api kecil sehingga masak dan tuangkan atas adunan ubi tadi. biarkan hingga sejuk dan bolehlah diceduk menggunakan sudu/senduk untuk dimakan.
Monday, April 5, 2010
Karipap pusing
Cara membuatnya:
2. Hiris mana-mana sudut dan gulung.
3. Gulung hingga habis
4. Bahagian hujung yang dah digulung itu, digulung sekali lagi hingga gulungan menjadi rata seperti gambar ini:

5. Potong kecil adunan yang digulung tadi, sehingga menjadi beberapa kepingan kecil. Setiap potongan kecil inilah yang ditekan menjadi lebih lebar.
6. Masukkan inti (sama ada inti jenis kari atau yg menggunakan lada hitam seperti ini,terpulang kpd selera masing2. Yang penting bahan asasnya ada misalnya ayam bersama kentang/keledek).
7. Anda boleh gunakan penekap atau tangan. Gambar ini adalah karipap yang sedia digoreng.
1. Buat 2 adunan iaitu
A. Adunkan tepung gandum bersama air sahaja.
B. Adunkan tepung gandum bersama mentega/planta sahaja.
- Setiap adunan A dan B digentel menjadi 2 adunan bulat.
- Masukkan adunan B ke dalam adunan A.
- Leperkan seperti dalam gambar.
5. Potong kecil adunan yang digulung tadi, sehingga menjadi beberapa kepingan kecil. Setiap potongan kecil inilah yang ditekan menjadi lebih lebar.

Tuesday, March 23, 2010
Ayam Rebus bersama kunyit
Ayam dipotong kecil (pilih bahagian isi)
perapkan ayam bersama bawang putih, kunyit segar,halia,serai,dan sedikit garam selama beberapa jam.
Rebus dengan sedikit air dan daun kunyit serta daun limau purut yg dihiris terlebih dahulu.
Jika inginkan pedas, hiris sedikit cili api atau tabur sedikit serbuk lada hitam.
Puding Laici
- Masakkan agar2 bersama air sehingga agar2 menjadi hancur. tambahkan sedikit gula sahaja(air laici memang dah manis),susu cair dan sedikit sirap ros.
- Tutup api.tuangkan agar2 ke dalam bekas dan tabur laici.
- Apabila agar2 telah separuh keras/beku, taburkan baki laici atas agar2 tadi.
- Apabila agar2 telah betul2 beku,tuangkan air laici atas agar2.
- Simpan dalam peti sejuk/sedia dimakan.
Catatan:
Keadaan agar2 ini tidaklah terlalu keras.agak2 seperti membuat dadih. semasa nak makan, mesti dicedok dgn sudu/senduk kerana ia agak lembut.
Friday, March 19, 2010
Kuih Cek Mek Molek
Gambar di sebelah kiri adalah cek mek molek ubi kayu dan yang sebelah kanan diperbuat daripada keledek.
Cara penyediaan:
Ubi kayu/keledek dibersihkan dan direbus hingga empuk. Setelah itu, lenyek/tumbuk sehingga lumat dan gaulkan dengan sedikit tepung gandum.
Adun sebati. Buat bentuk bulat2 dan isikan gula sebagai inti. Kemudian, barulah digoreng.
Wednesday, March 3, 2010
Maman Jeruk
- Maman (panggilan org Kelantan, saya tak pasti apa nama sebenarnya) dipotong pendek/ambil daun dan batang yang lembut. cuci dan toskan.
- Masak nasi macam biasa, lebihkan airnya. Semasa nasi mendidih, ambil air didih dan sejukkan.
- Apabila dah sejuk, masukkan maman dan sedikit garam, sekeping asam gelugor dan cili api. Jeruk lebih kurang 2 hari barulah boleh dimakan bersama nasi.
Tuesday, March 2, 2010
Biskut Tembikai / Biskut Buah Naga
Bahan asas/anggaran kasar:
- Doh utama
250g mentega (1 cawan)
sebiji kuning telur
sedikit susu pekat (sesudu besar)
300g tepung gandum (2 cawan atau lebih sikit)
sesudu kecil serbuk penaik (baking powder)
2. Bahan hiasan
sedikit pewarna merah, kuning dan hijau.
2-3 sudu bijan hitam.
sedikit telur putih.
Cara membuatnya:
Adun semua bahan 1. Bahagikan kepada 3 bahagian iaitu merah dan kuning untuk isi/inti, manakala hijau untuk kulit. Pastikan adunan hijau lebih banyak sebab untuk kegunaan 2 inti.
Buat bentuk bulat kecil(banyak) untuk setiap warna/doh. Doh merah/kuning dibungkus dengan doh hijau. gentel bulat2 sampai semua habis.sekarang nampak semua doh berwarna hijau sebab yang merah/kuning tersembunyi di dalam kulit (buat seperti gaya membuat karipap pusing).
Masukkan dalam peti sejuk beberapa minit supaya senang dipotong. Keluarkan dan potong sesuka hati seperti memotong buah tembikai. sapu dengan putih telur dan lekatkan bijan hitam. Bakar dalam oven pada suhu lebih kurang 160 C selama 20-25 minit.
Friday, February 26, 2010
Kari Labu
- Tumiskan bawang putih , bawang merah dan halia yang telah dihiris bersama kayu manis, bunga lawang,daun kari dan serbuk kari seperti biasa (masukkan sedikit udang kering jika suka). Tuangkan santan atau susu cair yang telah dibancuh dengan air.
- Masukkan labu, sayur fucuk(rendam terlebih dahulu),tomato yang dibelah 2 dan sedikit sayur hijau misalnya kacang panjang.
- Apabila bahan no.2 di atas hampir empuk, masukkan sedikit tauhu yang dipotong saiz sederhana. tambahkan gula dan garam seperti biasa.
- Tutup api, masukkan suhun. biar hingga ia kembang sendiri dalam kuah yg masih panas. Taburkan sedikit bawang goreng atas kuah.
Wednesday, February 17, 2010
Labu Sira (Pumpkin in syrup)
Rendamkan labu yg siap dipotong ke dalam air yg dibancuh dgn sedikit kapur sireh. Kemudian cuci dan masakkan bersama gula melaka lebih kurang 2 keping untuk sebiji labu saiz biasa, sedikit garam, daun pandan, bunga cengkih (kalau suka) dan santan. Jika tak mahu guna santan/susu cair, memadai gunakan air sahaja. Terpulang kepada selera masing2.
Saturday, January 30, 2010
Nasi Ayam
- Sup ayam
- Masak sup seperti biasa iaitu pastikan ada rempah2 sup dan halia. Cuma pastikan ayam berkenaan adalah dalam potongan besar. Saya lebih suka menambahkan sedikit serbuk rempah kurma dan serbuk lada hitam setiap kali memasak sup untuk menambahkan kepekatan rasa kuah. Begitu juga dengan bawang goreng, saya lebih suka bawang yang digoreng sendiri (bawang putih dan merah), bukannya bawang goreng segera.
- Jika anda suka, bolehlah ditambahkan kentang, carrot dan daun sup..
- Tumiskan (guna mentega/minyak sapi)bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis, halia, bawang putih dan bawang merah yang telah dimayang hingga kekuningan. Masukkan beras, sedikit pewarna kuning/serbuk kunyit dan kuah sup. Biarkan hingga mendidih dan hampir masak, masukkan daun sup dan kismis(jika suka).Biarkan hingga masak.
- Kicap manis dicampurkan dengan sedikit kuah sup dan bawang putih yang sedia dimesin dan digunakan untuk memerap ayam yang telah dimasak bersama sup tadi.
- Goreng atas api kecil atau bakar dalam oven.
- Apabila masak, barulah dipotong kecil.
4. Sambal cili.
- Halia, serai, bawang putih, bawang besar,tomato dan cili merah dimesin halus.
- Campurkan bahan berkenaan bersama sedikit gula, garam dan sedikit perahan limau kasturi atau limau nipis. Jika anda mahukan ia lebih pekat, boleh tambahkan sedikit sos cili.
- Kicap manis yang digunakan untuk memerap ayam tadi dicampurkan dengan bawang besar yang telah dimesin(bawang putih telah sedia ada semasa memerap ayam tadi) dan ditambah sedit perahan limau kasturi dan lada burung yang dipotong kecil(jika suka masam dan pedas).
- Ada masanya anak2 juga suka makan nasi ayam ini dgn ayam goreng celup tepung.
- Tambahlah timun, daun salad dan tomato sebagai ulam.
- Ayam goreng tadi boleh juga diperap dengan sambal cili dan kicap terlebuh dahulu sebelum dimakan. Terpulanglah kepada selera masing2.
Subscribe to:
Posts (Atom)