Thursday, March 31, 2011

Daging masak lada hitam

Cara penyediaan:

Perapkan daging dengan sedikit bawang putih,garam dan serbuk lada hitam. Goreng seperti biasa sehingga masak, tambahkan sedikit kicap manis, serbuk lada hitam,bawang besar dan sayur mengikut sesukaan anda. Masukkan kacang peas dalam tin kerana rasanya yang manis memberi aroma tersendiri kpd daging tersebut.

Tuesday, March 29, 2011

Umbut kelapa masak kari

Masak lemak Jantung pisang

Bahan asas:
  1. Jantung pisang dipotong halus cara melintang, kemudian dicelur hingga empuk. Tapis/Buang airnya dan dicuci/bilas untuk menghilangkan kelatnya.
  2. Bawang merah,bawang putih,cili kering dan sedikit lengkuas ditumbuk lumat/mesin .
  3. 2 cawan santan pekat(anggaran).
  4. Sedikit gula(sebagai ganti MSG ) dan garam.
  5. Sedikit serbuk kunyit.
Cara penyediaan:
Gaulkan semua bahan dan masak atas api kecil hingga mendidih.Masukkan sedikit bawang goreng dan gaul bersama apabila hampir masak.

Saturday, March 19, 2011

Sotong masak daun kunyit dan limau purut

s
Bahan asas:
  1. Sotong-diperap sekejap dengan garam kunyit
  2. bawang putih dan serai-diketuk
  3. bawang besar-dihiris atau belah 4
  4. daun limau purut dan daun kunyit muda -dihiris
  5. sedikit gula dan garam.
  6. Cili api (jika perlu)-hiris atau ketuk
  7. tauhu goreng,lada benggala(Capsicum) dan tomato-potong kecil
Cara penyediaan:
Tumiskan bawang putih dan bawang besar serta serai dan masukkan sotong.Tambah sedikit air dan masukkan semua bahan hingga sotong empuk.Tauhu,capsicum dan tomato boleh dimasukkan apabila api hampir dipadamkan.

Pisang Sira


Bahan asas:
  1. Pisang kepuk(kebatu/Abu Nipah)-dibuang kulit dan belah dua.
  2. Gula
  3. Pewarna kuning/merah
  4. daun pandan
  5. Bunga cengkih(jika suka)
  6. sedikit air
  7. secubit kapur sireh
  8. secubit garam
Cara penyediaan:
  1. Rendam pisang dalam air yang dibancuh sedikit kapur selama lebih kurang setengah jam.
  2. Bilas pisang. Sementara itu panaskan air bersama bahan2 lain sehingga mendidih,baru masukkan pisang dan biar atas api kecil hingga pisang masak.
Catatan:
Sangat sedap dimakan kalau disimpan dalam peti sejuk semalaman.

Monday, March 14, 2011

Umbut kelapa Masak lemak cili api


Bahan asas:
  1. Umbut kelapa dipotong kecil dan dicelur sekejap. Tapis/buang airnya .
  2. bawang putih dan bawang merah ditumbuk lumat.
  3. 2 batang Serai dan beberapa biji cili api diketuk hingga pecah.
  4. Santan 3 cawan.
  5. Udang saiz sederhana dibuang kulit.
  6. Sedikit gula dan garam.
  7. serbuk kunyit
Cara penyediaan:
  1. Masukkan semua bahan(kecuali umbut) dan kacau atas api kecil hingga kuah hampir mendidih. Kemudian baru masukkan umbut kelapa, kacau lagi hingga masak.

Umbut kelapa masak kurma.


Bahan asas:
  1. Umbut kelapa dipotong kecil dan dicelur sekejap. Tapis/buang airnya .
  2. bawang putih dan bawang merah dihiris.
  3. sedikit daun kari(jika perlu).
  4. Santan 3 cawan.
  5. bawang besar dibelah 4
  6. tomato dibelah 2.
  7. 1 tin kerang dalam kuah kari.
  8. Sedikit gula dan garam.
  9. 3 sudu serbuk kurma.
Cara penyediaan:
Tumis bawang, daun kari dan masukkan serbuk kurma yang dibancuh dengan sedikit santan. Masukkan pula umbut,bawang besar dan kerang dan kacau atas api kecil hingga kuah hampir mendidih. Kemudian baru masukkan gula,garam,sedikit bawang goreng,tomato dan kacau lagi hingga masak.